Monday, July 20, 2009

CONTOH KARANGAN BERFAKTA

CONTOH SOALAN KARANGAN DAN ISI-ISI


Setiap pelajar pasti ingin kejayaan cemerlang. Apakah langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kita berjaya di dalam pelajaran ?

Setiap pelajar pasti ingin kejayaan cemerlang berbagai-bagai cara untuk mendapat kecemerlangan setiap murid mempunyai cita-cita menjawat jawatan tinggi bergantung kepada individu sendiri dan lain-lain faktor
i. tumpuan terhadap pelajaran - menelaah pelajaran - membuat rujukan
ii. menyediakan jadual waktu peribadi yang teratur - patuh kepada jadual waktu tersebut
iii. rajin bertanya kepada guru - jika timbul masalah - perbincangan dengan rakan-rakan
iv. sediakan buku-buku rujukan secukupnya
v. ikuti kelas tambahan - di sekolah / tempat lain
vi. banyakkan latihan tambahan
vii. tidak ponteng kelas / sekolah
viii. tidak tinggal sembahyang dan sentiasa berdoa
ix. banyak membaca bahan-bahan tambahan
x. sikap tidak berputus asa - tekun tanpa mengenal jemu
mencerminkan diri sendiri - berazam - mencapai kejayaan
kesedaran perlu untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran



Masalah disiplin murid-murid sekolah hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Pengertian disiplin - peraturan yang ditetapkan dan mesti diikuti contoh pelanggaran disiplin di sekolah - ponteng sekolah, hisap rokok, ugutan, melawan guru, berpakaian tidak seperti yang dikehendaki, buang sampah merata-rata dan lain-lain.

Isi-isi
Langkah-langkah mengatasi masalah disiplin murid-murid
i. memberikan kesedaran kepada murid-murid melalui penerapan nilai-nilai murni dan ceramah-ceramah kesedaran daripada pihak-pihak tertentu
ii. ibu bapa haruslah memberikan pelajaran agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka
iii. pihak sekolah haruslah tegas dalam menangani masalah ini dengan mengenakan denda yang sepatutnya agar menjadi teladan kepada murid-murid.
iv. piak sekolah haruslah sentiasa mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa untuk membincangkan masalah murid-murid
v. pengawas-pengawas sekolah hendaklah memainkan peranan dengan berkesan - mengawasi tingkah laku, menasihati dan melaporkan kepada guru disiplin / pihak sekolah berkenaan masalah salah laku murid.
Penutup
masalah disiplin tidak akan berjaya jika satu pihak saja yang berusaha tanpa kerjasama semua pihak.
Semua pihak bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin - Kementerian Pendidikan, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat.


Ikan air tawar banyak khasiatnya. Tuliskan cara-cara untuk menggalakkan orang ramai makan ikan air tawar.
i. Ikan air tawar sedap dan banyak khasiatnya
ii. ikan air tawar terdapat di sungai, tasik, sawah dan dipelihara di kolam
iii. contoh ikan air tawar - lampan Jawa, keli, sepat, haruan, tilapia, patin dan lain-lain

cara-cara menggalakkan orang ramai makan ikan air tawar:
i. kempen memakan ikan air tawar dijalankan dari masa ke semasa
ii. cara-cara memasak ikan air tawar hendaklah diberitahu kepada orang ramai supaya mereka benar-benar dapat merasai kelazatannya
iii. harga ikan air tawar hendaklah dikawal supaya ianya tidaklah terlalu mahal agar orang ramai dapat membelinya
iv. galakkan orang ramai menternak ikan air tawar supaya ikan air tawar mudah diperolehi
v. gerai-gerai makan hendaklah menyediakan menu masakan ikan air tawar sebagai salah satu daripada lauk pilihan
vi. pihak kesihatan / perikanan hendaklah selalu memberi penerangan tentang khasiat memakan ikan air tawar kepada orang ramai.
Semua pihak harus mengambil bahagian bagi menggalakkan orang ramai memakan ikan air tawar.

Pendidikan tadika yang ada pada masa ini amat memberi faedah kepada anak-anak kita apabila menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Bincangkan.

1. PENDAHULUAN :
Pendahuluan : Apakah ia pendidikan tadika
- memberi manfaat kepada kanak-kanak
Isi- isi penting : a] berumur antara 4 hingga 6 tahun
b] mendedahkan kanak-kanak ke alam persekolahan
c] dapat bergaul dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka
- mengelakkan kanak-kanak daripada bosan duduk di rumah
d] kanak-kanak sudah biasa dengan alam persekolahan dan
tidak kekok
Penutup : Lebih banyak penubuhan kelas tadika lebih baik

soalan 1
Buah-buahan tempatan memang berkhasiat dan lazat untuk dimakan. Nyatakan langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai memakan buah-buahan tempatan.
Pendahuluan : Jenis buah-buahan tempatan ada dua jenis - jenis bermusim
- tidak bermusim - contoh buah bermusim - contoh buah tidak bermusim

isi ;
kempen memakan buah-buahan oleh kerajaan
adakan promosi jualan murah
peranan media massa - sebarkan tentang kelebihan memakan buah tempatan
kurangkan import buah-buahan dari luar
tegaskan peranan dan kelebihan buah-buahan tempatan - kepada kesihatan

soalan 2
Nyatakan langkah-langkah untuk menggalakkan lebih ramai pelancong datang ke negara kita.
Pendahuluan : banyak tempat menarik di Malaysia - contoh tempat
isi
penerangan meluas mengenai tempat - pemandu pelancong yang cekap
kemudahan pengangkutan - contoh
peranan kerajaan di luar negara - membuat promosi mengenai Malaysia.
membina kemudahan seperti hotel dan sebagainya.
memulihara kawasan yang menjadi tumpuan dan mencari serta memperkenalkan kawasan berpotensi.
pelancongan membawa keuntungan kepada negara. Langkah-langkah yang perlu mesti diambil bagi menggalakkan lebih rami pelancong datang ke Malaysia.

soalan 3
Membaca merupakan satu amalan yang mulia. Nyatakan cara-cara untuk memupuk minat membaca di kalangan murid-murid sekolah.
Pendahuluan : Membaca secara berterusan - memperolehi ilmu pengetahuan.
isi
kempen membaca - peringkat sekolah , negeri dan kebangsaan - adakan pertandingan
bahan yang bermutu tinggi disediakan serta menarik.
galakan daripada ibu bapa - kemudahan tempat membaca dan bahan.
membaca jambatan ilmu.

soalan 4
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk " Pentingnya Air Kepada Kita "
Pendahuluan : Sumber-sumber air - contoh
sumber terpenting - keperluan untuk hidup - minuman
untuk penjanaan kuasa elektrik
membersih pakaian - diri - elak penyakit
untuk pertanian - tiada air tanaman dan haiwan ternakan akan mati.
Jimat pengunaan air - jangan membazir

soalan 5
Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Ianya disebabkan oleh beberapa faktor. Namun begitu kemalangan jalan raya boleh dielakkan. Nyatakan cadangan-cadangan anda , langkah-langkah untuk menggelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Pendahuluan : Kemalangan jalan raya selalu saja berlaku. Dalam setiap kemalangan ada saja tercedera dan ada juga melibatkan kematian. Kemalangan sebenarnya boleh dielakkan dengan berbagai cara.
a. Pemandu hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang semasa memandu - memandu tidak melebihi had laju yang ditetapkan.
b. Pemandu hendaklah memastikan kenderaan mereka selamat untuk dipandu - lampu , brek berfungsi dengan baik.
c. Kenakan hukuman berat kepada pemandu yang memandu dalam keadaan merbahaya - melanggar undang-undang - denda dan penjara.
d. adakan kempen keselamatan jalan raya yang berterusan
Kemalangan berlaku akibat sikap cuai pengguna jalan raya.


soalan 6
Kerajaan menggalakkan rakyat negara kita memakan buah-buah tempatan. Apakah faedah yang akan kita perolehi apabila memakan buah-buahan tempatan.
Pendahuluan :
Buah-buahan tempatan ada dua jenis - bermusim - contoh - buah-buahan tidak bermusim - contoh
isi
a. rasanya amat lazat - tambahan pula - berkhasiat
b. lebih segar mutu lebih baik untuk kesihatan
c. tidak diletakkan bahan pengawet - baik untuk kesihatan
mesti digalakkan memakan buah-buahan tempatan


soalan 7
Pentingnya semangat kejiranan di kalangan kita. Tulis sebuah karangan mengapa pentingnya semangat kejiranan.
Pendahuluan : Jiran adalah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah
kita sama ada yang tinggal di sebelah - menyebelah di hadapan atau di belakang.
a. sekiranya ditimpa kesusahan - jiran akan menolong .
ini bukti jiran adalah penting kepada kita - mesti saling bantu membantu - berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
b. diamal tanpa mengira kaum, agama dan bangsa
-masyarakat akan hidup dengan aman.
perpaduan akan menjadi kukuh.
c. mengeratkan perhubungan antara satu sama lain.
kunjung mengunjungi semasa perayaan - memupuk semangat muhibah di antara pelbagai kaum.
kita perlu memupuk semangat kejiranan antara kita - perselisihan kaum akan dapat dielakkan. negara akan menjadi lebih kuat dan disegani oleh musuh.

soalan 8
Kepentingan Perpustakaan dan faedah-faedahnya.
Pendahuluan :
Tempat letak perpustakaan / Jenis perpustakaan / Huraian perpustakaan
Perpustakaan adalah gedung ilmu. banyak bahan bacaan yang dikumpulkan dan disimpan. Diantaranya termasuklah bahan rujukan, buku cerita , buku panduan. Ini semua adalah untuk kemudahan pelajar.
i. tempat membaca dan menelaah yang selesa - terdapat kemudahan disediakan
ii. terdapat berbagai sumber rujukan - buku - majalah - akhbar dan lain-lain
iii. tempat belajar yang sesuai - buat kerja yang diberi oleh guru
iv. perpustakaan sebagai pusat ilmu pengetahuan - penting untuk pelajar - membaca jambatan ilmu - dapat memahami pelajaran dengan lebih berkesan lagi.
v. pinjam buku untuk membuat rujukan dan mengulang kaji - tidak perlu membeli buku yang dikehendaki - jimat perbelanjaan
vi. boleh mengisi masa lapang dengan berfaedah - tidak terlibat dengan unsur negatif
vii. melatih diri menggunakan bahan dengan baik - persediaan untuk masa hadapan
viii. tidak boleh bergantung kepada guru-guru semata-mata - meningkatkan tahap pencapaian dalam semua hal.
pelajar sepatutnya selalu mengunjungi perpustakaan pada setiap masa demi untuk kejayaan masa depan / mengemukakan cadangan membaiki perkhidmatan perpustakaan / menyatakan penghargaan kepada sesiapa yang berkenaan . Membaca jambatan ilmu.

soalan 9
Rakan sebaya adalah orang yang penting dalam kehidupan kita. Apakah peranan yang dapat diberikan oleh rakan sebaya dalam kehidupan kita.
Pendahuluan :
Rakan sebaya ialah rakan yang seusia dengan kita dan mempunyai kegemaran yang hampir sama.
mempengaruhi perwatakan seseorang
- baik - mempengaruhi untuk menjadi baik
- jahat - akan mempengaruhi menjadi jahat
Rakan adalah tempat kita mencurah segala masalah yang kita hadapi - orang yang boleh dipercayai.
sentiasa saling bantu-membantu , bekerjasama antara satu sama lain.
membantu dalam meningkatkan prestasi pelajaran.
rakan sebaya - berperanan penting - bijak memilih kawan.


soalan 10
Tulis sebuah karangan yang bertajuk " Kepentingan Kenderaan Kepada Kita".
Pendahuluan : Ada berbagai jenis kenderaan - darat - contoh - air - contoh -
udara - contoh
a penting - dapat ke sesuatu tempat dengan cepat selamat
b. membawa penumpang yang ramai dan juga boleh memuatkan barang dengan banyak
penting dalam pembangunan ekonomi
- buat kenderaan dan dijual - dapat keuntungan
- wujud bandar dan kota besar
C. peluang pekerjaan di kilang membuat kenderaan.


soalan 11
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk " Kepentingan Pelajar menyertai aktiviti ko kurikulum ".
Pendahuluan : Ko kurikulum ialah aktiviti selepas sekolah iaitu aktiviti persatuan
unit beruniform dan sukan.
A. melatih murid menjadi pemimpin - sifat kepimpinan dalam aktiviti.
B. melatih murid untuk berdikari sendiri - contoh dalam perkhemahan tahunan - masak sendiri dan aktiviti dalam perkhemahan.
C. melatih murid mematuhi disiplin dan arahan ketua.
- penting untuk keutuhan sesuatu organisasi atau negara. Semangat kerjasama - berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.
D. Menambah ilmu pengetahuan tambahan - cara membuat pertolongan cemas.
E. untuk kesihatan diri - aktiviti sukan dan permainan
- badan sihat - otak cergas
Murid patut menyertai aktiviti ko kurikulum untuk memperolehi berbagai faedah untuk diri.
Kegiatan kokurikulum boleh merapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru. Berikan sebab-sebabnya.
Pengertian kokurikulum - kegiatan luar bilik darjah - untuk bantu pembelajaran di bilik darjah
contoh ; sukan dan permainan , unit beruniform, kelab dan persatuan
boleh merapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru
i. dalam aktiviti sukan dan permainan - murid-murid akan bekerjasama dan bantu-membantu bagi mencapai kemenangan - tidak secara langsung dapat merapatkan hubungan sesama mereka.
ii. dalam aktiviti unit beruniform - dapat berbincang . ikut arahan ketua, disiplin / riadah - dapat merapatkan hubungan sesama murid
iii. dalam aktiviti kelab dan persatuan - berbalas pantun , kuiz, syarahan dan lain-lain memerlukan kerjasama dan muafakat - dapat eratkan hubungan
iv. pertandingan / perlawanan sukan dan aktiviti kokurikulum dengan sekolah lain pula dapat rapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru sekolah berkenaan
hubungan yang rapat dan baik penting bagi menjamin keharmonian sesebuah sekolah dan masyarakat
kejayaan dalam pendidikan / pelajaran.


soalan 12
soalan : Kerja rumah sangat baik untuk murid-murid sekolah. Tuliskan sebuah karangan berkenaan dengannya.
Pendahuluan : Kerja rumah ialah kerja sekolah yang diberi oleh guru
untuk disiapkan di rumah.
A. melahirkan murid dengan kemahiran yang telah diajar
- sebagai latihan tambahan
- murid menjadi lebih mahir lagi.
B. sebagai latihan mengulang kaji pelajaran di rumah
- berusaha dengan membuat rujukan
- berbincang dengan rakan-rakan
C. mengelakkan murid daripada membuang masa dengan sia-sia di rumah - mengisi masa lapang dengan betul.
Siapkan tugasan yang diberi meningkatkan prestasi pelajar - keputusan yang baik dalam peperiksaan.


soalan 13
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk " Faedah membaca buku "
Pendahuluan : Membaca sebagai hobi yang baik. Berbagai bahan yang
boleh dibaca seperti akhbar, majalah, buku dan sebagainya.
a. mendapat pengetahuan tambahan
b. dapat membaiki penguasaan bahasa
- membantu dalam membina karangan - menambah perbendaharaan kata - memperolehi ejaan betul
c. mengisi masa lapang dengan berfaedah - menggelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.
d. boleh dijadikan panduan hidup dalam penyelesaian masalah.
membaca jambatan ilmu.


Soalan 14:
Kemajuan sains banyak membantu manusia dalam semua hal. Bina sebuah karangan mengenai baik dan buruk kemajuan sains.

Pendahuluan: Sains amat penting kepada manusia. Kemajuan sains membawa perubahan kepada kehidupan manusia. Berbagai faedah diperolehi daripada kemajuan sains sekarang.
Kebaikan
a) Dalam bidang komunikasi-telefon-televisyen dan radio.
b) Dalam bidang perhubungan-pembinaan jalan raya bertar
-pembinaan kenderaan darat,air dan udara.
-manusia dapat bergerak pantas dari satu tempat ke
satu tempat - penerokaan angkasa lepas.
C) Untuk pertahanan negara-membina alatan perang
-senjata - kereta kebal dan sebagainya
-negara menjadi lebih selamat.

Keburukan
a) Mengancam keselamatan manusia dan dunia
-Bom atom-Jepun-ramai terbunuh
-Gas sarin
-Bom nuklear
b) Robot dicipta - kereta di kilang
-peluang kerja manusia terbatas.
Penutup :
Sains membawa kebaikan dan juga keburukan kepada
kehidupan manusia. Oleh itu kita seharusnya berhati-hati
menggunakan kemajuan sains hanya untuk kebaikan.


Soalan 14 :
Bina sebuah karangan tentang baik dan buruknya menonton televisyen .Bincangkan

Pendahuluan: - Televisyen merupakan satu media elektrik yang paling
popular di negara kita. Boleh dikatakan setiap rumah di negara kita mempunyai sebuah peti televisyen.
Isi :
Kebaikan
a) Mengetahui perkembangan semasa - berita
b) Mendapat pengetahuan tambahan - Majalah 3,Info Sains
c) Mendapat pengetahuan agama - Ehwal Islam
d) Mengeratkan hubungan kekeluargaan
e) Isi masa lapang dengan baik.
Keburukan bagi pelajar
a) Menonton terlalu lama-membazir masa
b) Ada rancangan-rancangan yang tidak sesuai ditonton.

Penutup : Menonton televisyen memberi faedah kepada pelajar. Namun pelajar seharusnya pandai memilih rancangan yang sesuai dan tidak mengabaikan pelajaran.


Soalan 15:
Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah .Bincangkan.
Pendahuluan: Asrama adalah tempat penempatan untuk pelajar-pelajar
di sekolah. Kerajaan menyediakan asrama-asrama ini untuk kemudahan pelajar-pelajar belajar dengan lebih sistematik.

Isi
a) Pelajar berpeluang untuk belajar dengan lebih baik
-mempunyai jadual - patuh pada jadual - bermain dan sebagainya diatur dengan baik.
b) Dapat dilatih untuk hidup bekerjasama-bagai "Aur dengan Tebing", - saling bantu membantu.
c) Dapat dilatih untuk hidup berdikari -di sini pelajar tidak bergantung kepada lbu bapa semata-mata.
d) Dapat belajar secara berkumpulan. banyak faedah yang di perolehi.
Keburukan
a) bebanan yuran bulanan kepada keluarga miskin
b)Jumlah murid adalah ramai-pengawasan tidak dapat diberikan oleh pihak asrama secara berkesan.
Penutup :
Tinggal di asrama ada kebaikan dan ada juga keburukan.


Soalan 16:
Permainan video dan komputer adalah amat menyeronokkan. Namun permainan ini ada keburukannya. Bincangkan.
Rangka
Pendahuluan : Pada zaman sains dan teknologi-permainan tradisional
seperti gasing,wau,congkak tidak diminati oleh kanak-kanak lagi. mereka lebih gemar bermain video dan komputer.

Isi
Keburukannya
a) Kanak-kanak berasa asyik dan leka-tiga atau empat Jam bermain membazirkan masa-tenaga elektrik.
b) Berlaku ponteng sekolah-video tiada di rumah kunjungi pusat video masa sekolah. wang saku.
c) Jenis-Jenis permainan seperti pergaduhan peperangan.-dedahkan unsur-unsur yang tidak sihat kepada pelajar.
Penutup : Ibu bapa mesti mengawal -hadkan masa bermain-
-membaca buku-buat jadual.


Soalan 17
Tidur lewat adalah amalan yang tidak baik.Bina sebuah karangan untuk menyatakan kenapa pelajar mesti tidur awal.

Pendahuluan : Setiap orang memerlukan rehat. Tidur juga sebahagian
daripada cara berehat. Tidur lewat bagi seorang murid adalah satu amalan yang tidak baik.
a) murid tidur awal-dapat bangun awal dapat ke sekolah awal - dapat rehat yang secukupnya -badan terasa segar.
b) Tidak tergesa-gesa untuk ke sekolah-tidak ketinggalan bas.
c) rehat yang secukupnya - tidak berasa mengantuk semasa guru mengajar.-dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar - beroleh kejayaan.
Penutup:
Tidur awal patut diamalkan - badan akan terasa sihat dan segar - kesihatan akan terjaga.


Soalan 18:
Belajar secara berkumpulan lebih, baik daripada belajar secara bersendirian, Bincangkan.
Rangka
Pendahuluan : Murid mempunyai cara yang tersendiri untuk mengulang kaji
pelajaran mereka . Ada yang suka belajar di perpustakaan ,di rumah dan ada yang suka belajar secara bersendirian serta berkumpulan.

Isi
a) Dapat bertanya sesuatu yang tidak difahami.
b) Dapat bertukar-tukar nota dan pendapat.
c) Tidak berasa jemu atau mengantuk.
d) Melatih diri kita mengeluarkan pendapat.
Penutup :
Kita hendaklah belajar secara berkumpulan kerana ianya
mempunyai banyak kelebihannya. Namun begitu rakan
dalam kumpulan hendaklah rakan yang sesuai untuk kita,


Soalan 19 :
Kanak-kanak, amat suka memakan makanan ringan. Sedangkan masyarakat tahu bahawa, makanan ringan tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak. Bincangkan.
RangRa
Pendahuluan : Setelah diketahui bahawa makanan ringan tidak baik untuk
kesihatan badan kanak-kanak. Ibu bapa hendaklah memastikan bahawa anak-anak mereka tidak membeli dan memakan makanan ringan yang, dijual di pasaran.
Makanan ringan-
a) tidak berkhasiat - tiada zat dan vitamin.
b) mengandungi banyak bahan pengawet dan perasa, yang, berlebihan - tidak diperlukan oleh badan. -tidak baik untuk kesihatan badan.
c) tidak mengenyangkan - pembaziran wang.


Soalan 20 :
Bandar merupakan tempat tumpuan orang ramai. Bincangkan kebaikan dan keburukan tinggal di bandar.
Rangka
Pendahuluan:

Isi
Tempat tinggal merupakan satu perkara orang suka tinggal di bandar tinggal di kampung. Tinggal di bandar kelebihan daripada tinggal di kampung.
Kebaikan
a) Terdapat banyak kemudahan yang amat pentinq. ada juga suka tinggal mempunyai beberapa
-sistem pengangkutan seperti,bas,keretapi,kapal terbang.-Mudah untuk ke mana saja.
-kemudahan rawatan-hospital yang lengkap.
b) Bidang pendidikan
-Pusat pengajian tinggi
-pusat rujukan-perpustakaannya lengkap.
c) Banyak peluang pekerjaan
-kilang,berniaga
d) Kemudahan sosial -tempat hiburan
Penutup:
Keburukan -perbelanjaan yang tinggi -terdedah kepada pengaruh budaya tidak sihat


Soalan 21
Kita sentiasa melihat iklan di mana saja. Melalui akhbar,radio dan juga televisyen iklan disiarkan
untuk mempengaruhi masyarakat. Bincangkan pengaruh iklan kepada masyarakat.
Pendahuluan : Iklan diadakan oleh sesebuah syarikat atau peniaga untuk
memperkenalkan barangan mereka. Iklan memberi kesan yang kurang baik kepada masyarakat.
a)Pelanggan tertipu ;
-barangan yang ditawarkan tidak mempunyai mutu yang tinggi -cara pengiklanan yang menarik-pelanggan tertarik untuk membeli.
b)Pelanggan akan keliru
-berbagai barangan sama yang berlainan jenama diiklan.
-Pelanggan sukar untuk membuat penilaian.
c)Pembaziran wang - apabila sudah terpengaruh-pelanggan
membeli tanpa mengira kesan.-barang yang tidak perlu.
Kebaikan
a) Dapat mengetahui sesuatu keluaran baru di pasaran.
-maklumat lebih terperinci daripada iklan.
b) Dapat merancang pembelian-membuat pilihan terhadap
barangan yang hendak dibeli.
Pendidikan tadika yang ada pada masa kini amat memberi faedah kepada anak-anak kita apabila menjejakkan aki ke alam persekolahan. Bincangkan.
Apakah dia pendidikan tadika
n memberi manfaat kepada kanak-kanak
a) berumur antara 4 hingga 6 tahun
b) mendedahkan kanak-kanak alam persekolahan
c) dapat bergaul dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka
n dapat mengelakkan kanak-kanak daripada bosan duduk di rumah
d) kanak-kanak sudah biasa dengan alam persekolahan dan tidak kekok
lebih banyak penubuhan kelas tadika lebih baik

22 "Semangat muhibah dan sikap tolong-menolong".
Semangat yang perlu dipupuk
a) bantu-membantu, tolong-menolong - ketika susah
b) kenduri-kendara
c) keramaian dan perayaan
d) gotong-royong - mewujudkan sikap sayang dan muhibah
e) tidak mementingkan diri dan hormat-menghormati
f) bertegur-sapa , ziarah-menziarahi
rakyat aman damai dan maju
perpaduan masyarakat


23 Disiplin sekolah semakin merosot. Bincangkan sebab-sebab kemerosotan disiplin.
a) ibu bapa sentiasa sibuk
b) pihak sekolah tidak mengambil berat
c) pengaruh rakan sebaya
d) pengaruh dari luar seperti media massa


24 "Air dan kegunaannya".
Pendahuluan
n Air meliputi tujuh puluh satu peratus permukaan bumi
n sumber air - laut,hujan dan sebagainya
n sangat penting kepada manusia binatang dan tumbuhan
Isi
i. makhluk hidup memerlukan air - terus hidup - sangat penting - membasuh, minum dan memasak
ii. berdekatan dengan laut dan sungai - sumber rezeki
iii. mengairi sawah dan kebun - menternak ikan/udang - aktiviti perlombongan
iv. membina empangan - sumber tenaga elektrik - untuk kemudahan dan kegiatan ekonomi
Penutup
Pencemaran air berlaku - pembuangan sampah sarap, sisa perindustrian - hukuman lebih berat - menguatkuasakan undang-undang


25 Kebahagiaan dan kegembiraan ibu bapa amat besar maknanya kepada kita. Apakah cara yang patut kita lakukan untuk memastikan orang tua kita sentiasa bahagia dan gembira ?
ibu bapa cuma mengharapkan kebahagiaan dan kegembiraan
a) menghargai mereka sebagai orang tua
b) menolong kerja-kerja rumah
c) menyumbang wang ringgit, walaupun mereka tidak minta
d) tugas murid ialah belajar hingga berjaya
kebahagiaan akan terpancar di wajah mereka



26 "Perlunya kita menjaga alam sekitar"
persekitaran yang bersih - rakyat sihat
pencemaran berlaku - kegiatan ekonomi
i. meningkatkan kesedaran rakyat - kempen "Hijaukan Bumi Kita" - menanam pokok-pokok
ii. cintakan keindahan alam sekitar - hidupan flora dan fauna
iii. menjaga hutan - udara bersih dan tempat takungan air - sumber air. Tempat haiwan lair tinggal
iv. Negara indah - menarik pelancongan berkunjung



27 Tanggungjawab semua rakyat - aman damai , memanjangkan jangka hayat
Tuliskan cara-cara menjaga persekitaran kawasan kamu.
Rumah tempat tinggal / kediaman yang paling selesa
rumahku syurgaku
i. kita perlu bekerjasama untuk menjaga persekitaran kawasan sekolah
ii. sampah sarap perlu dibersihkan / dibakar dalam lubang sampah
n menggelakkan pembiakan lalat yang membawa penyakit
iii. mengumpul tin-tin kosong / tayar buruk / botol-botol dan timbus dalam lubang
n menggelakkan pembiakan nyamuk aedes
iv. menanam pokok-pokok bunga / buah-buahan dipersekitaran untuk kesegaran pemandangan dan kecantikan.
v. mengamalkan budaya bersih semasa keluar dan masuk ke rumah supaya tidak ada jangkitan kuman
persekitaran yang bersih, penghuni sihat dan ceria



28 "Faedah mempelajari seni mempertahankan diri"
kemahiran atau kepandaian di dalam hal mempertahankan diri - menjaga diri daripada serangan musuh
i. menyihatkan badan - meningkatkan kecergasan - satu senaman yang baik
ii. membentuk disiplin - patuh kepada arahan - mewujudkan pemikiran positif
iii. dijadikan kegiatan masa lapang - mengelakkan daripada gejala negatif
iv. mempertahankan diri daripada serangan musuh - membantu orang yang dianiaya - melainkan persahabatan
kepelbagaian seni mempertahankan diri - daya tarikan pelancong


29 "Faedah bergotong royong"
melakukan kerja secara beramai-ramai
i. dapat menjimatkan masa dan tenaga
ii. sesuatu kerja besar dan sukar - menjadi ringan
iii. mewujudkan persefahaman dan kemesraan di kalangan anggota masyarakat
iv. mewujudkan suasana harmoni dan saling hormat-menghormati
amalan yang perlu diteruskan - di kampung atau di bandar



30 "Perlunya kita mempunyai hobi"
Aktiviti masa lapang - mendatangkan kebaikan - bersukan , kerja tangan, hiburan, kegiatan lasak , berbentuk pengetahuan
i. memanfaatkan masa lapang - menenangkan fikiran
ii. mendapatkan keuntungan - pengetahuan, pengalaman, sumber kewangan
iii. mengeratkan perhubungan - mesra dengan orang lain - mewujudkan suasana harmonis
iv. menggerakkan otot-otot - senaman ringan
perlu diadakan tempat beriadah dan menubuhkan kelab-kelab - berkumpul dan bertukar-tukar fikiran



31 "Faedah menyertai pasukan pakaian seragam di sekolah-sekolah"
pasukan pakaian seragam ialah aktiviti kokurikulum - aktiviti luar bilik darjah - pengakap, tunas puteri dan sebagainya
i. melatih murid-murid berdikari , bekerjasama - akitiviti berkawad , perkhemahan, sikap sentiasa menolong orang
ii. membimbing dan membina sifat kepimpinan - mengurus aktiviti - percayakan ketahanan diri sendiri - Ketua Pasukan, Ketua Unit - melaksanakan tugas.
iii. menyesuai dan memupuk disiplin - peraturan persatuan - peraturan persatuan - mengikut arahan
iv. menambahkan ilmu pengetahuan - dapat digunakan di dalam kemahiran berkaitan pertolongan cemas
menyertai pasukan pakaian seragam - banyak faedah - menggunakan masa dengan berfaedah



32 "Permainan Tradisional"
permainan yang diwarisi sejak berzaman. Sepak raga bulatan, gasing - di kalangan kanak-kanak - ting-ting, konda-konda, congkak. Ada permainan - secara individu dan ada berpasukan
i. untuk memenuhi masa terluang - waktu petang
ii. mengerat perhubungan - di kalangan anggota masyarakat
iii. sebagai hiburan - penat lelah bekerja
iv. dapat memupuk nilai tradisi - warisan budaya
permainan perlu diajar di sekolah - kegiatan kokurikulum supaya tidak pupus


33 Kita digalakkan mempelajari penggunaan komputer. Apakah faedah yang kita perolehi jika mempelajarinya ?
kemajuan teknologi moden berkait rapat dengan komputer - dipandang tinggi - jika tahu menggunakan komputer
i. dapat mencari maklumat dengan tepat - diprogramkan di dalam cakera liut
ii. memudahkan murid belajar dan mengulang kaji pelajaran - disimpan di dalam cakera liut
iii. lebih mudah mencari pekerjaan
iv. terkedepan di dalam pelbagai bidang
banyak faedah yang diperolehi - penggunaan komputer

34 Setiap tahun pada 31 Ogos , kita akan merayakan Hari Kebangsaan. Mengapakah kita perlu merayakan hari tersebut ?
Hari kebangsaan - cuti umum . sambutan bukan sekadar bercuti tetapi
i. melahirkan sifat kecintaan terhadap negara
ii. mengingati tokoh-tokoh negara
iii. mendedahkan perjuangan dan kesusahan orang-orang terdahulu
iv. bertanyakan diri sendiri - sumbangan terhadap nagara
bersama mengekalkan keamanan dan kemajuan negara

35 "Bersukan Penting Kepada Murid-murid sekolah"
jenis-jenis sukan yang digemari oleh kanak-kanak
i. menyehatkan badan
ii. tidak membuang masa
iii. dapat berkenalan dengan lebih ramai kawan-kawan
iv. menambahkan pelbagai jenis pengetahuan mengenai sukan
semua murid perlu mengambil bahagian dalam sukan



36 Kepentingan Televisyen Kepada Kita
televisyen merupakan alat media massa yang sangat berpengaruh kepada kita
i. memperolehi pengetahuan
n rencana, berita, forum dan lain-lain
ii. sebagai alat hiburan
iii. berguna untuk mendidik pelajar
n televisyen pendidikan
iv. untuk mendapatkan kamlumat
n dalam dan luar negeri
perlu menonton rancangan berfaedah



37 "Belajar Berkumpulan Lebih Baik Daripada Belajar Sendiri"
belajar berkumpulan secara beramai-ramai
i. dapat bertanya tentang perkara yang tidak difahami
ii. dapat bertukar-tukar fikiran, nota dan pendapat
iii. tidak berasa jemu dan mengantuk
iv. melatih kita mengeluarkan pendapat
v. mudah memahami sesuatu perkara
penegasan tajuk


38 "Perlunya Peraturan Sekolah"
semua murid perlu mematuhi peraturan sekolah
i. mendisiplinkan murid-murid
ii. memudahkan guru mengawal murid
iii. keadaan / suasana sekolah yang selesa untuk belajar
iv. mencantikkan kawasan sekolah
murid-murid perlu mengikut peraturan sekolah untuk kebaikan semua pihak




39 "Murid-murid Perlu Tidur Awal"
setiap orang perlukan rehat
i. dapat bangun awal untuk sekolah - tidak lewat
ii. badan cergas
n tidak mengantuk
n pening kepala
iii. tidak tergopoh-gapah untuk ke sekolah
iv. mudah menerima pelajaran dari guru
tidur awal patut diamalkan




40 "Kebaikan Kerja Sekolah"
latihan atau kerja yang diberikan oleh guru untuk dibuat di rumah
i. tidak membuang masa
ii. menggalakkan murid-murid mengulang kaji pelajaran di rumah
iii. mudah ingat pelajaran yang dipelajari
iv. membiasakan hidup berdisiplin
n mengikut arahan guru
penegasan tajuk




41 "Menelaah Pelajaran Menjamin Kejayaan Dalam Peperiksaan"
belajar bersungguh-sungguh akan menjamin kejayaan dalam pelajaran
i. menelaah sesudah tajuk diajar
ii. perlu menelaah seberapa kerap yang boleh
iii. menguji setakat mana kita faham
iv. perlu membaca dalam keadaan tenang
menelaah boleh menjamin kejayaan pelaran



42 "Kokurikulum Adalah Kegiatan Yang Berfaedah"
kegiatan yang dilakukan di luar bilik darjah selepas waktu sekolah
i. tidak membazir masa
ii. menambah pengetahuan dan pengalaman
iii. menjalin hubungan persahabatan
iv. semangat bekerjasama
semua murid patut melibatkan diri di dalam kegiatan kokurikulum


43 "Kanak-kanak Tidak Digalakkan Memakan Makanan Ringan"
makanan ringan - makanan yang tidak berkhasiat
i. membahayakan kesihatan
n mengandungi bahan kimia yang membahayakan
ii. membazirkan duit
n tidak mengenyangkan
n menjadi ketagih
iii. tidak ada selera makan
iv. keracunan makanan
penegasan kepada tajuk



44 "Tabiat Membaca"
n sebagai seorang murid
n satu kegiatan yang amat baik dan berfaedah
i. memudahkan untuk mengulangkaji / membuat kerja rumah
ii. menambahkan pengetahuan dan pengalaman
n berkongsi pengalaman dan penulis
n menyelami perasaan pengarang
iii. menggunakan masa dengan sebaik-baiknya
iv. hobi yang baik
tabiat membaca perlu diamalkan oleh setiap murid




KOLEKSI ESEI PELAJAR
BERDASARKAN SOALAN PEPERIKSAAN

KALAU ANDA MENJADI PEMIMPIN MASA HADAPAN

Patah tumbuh, hilang berganti dan remaja hari ini pemimpin masa hadapan merupakan slogan-slogan yang sering kita dengar tentang kepemimpinan Negara. Nama-nama negarawan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein On sudah tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia. Walaupun mereka telah pergi meninggalkan kita, namun kepemimpinan mereka diganti oleh tokoh-tokoh yang berwibawa seperti Tun Mahathir Muhammad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib. Bagaimanakah boleh lahirnya insan-insan hebat ini? Saya yakin segala-galanya bermula dengan impian. Maka saya juga mempunyai impian untuk menjawatkerusi nombor satu Negara. Oleh itu, jika saya menjadi pemimpin, saya akan membuat pelbagai perubahan untuk kebaikan bersama.

Perubahan pertama sekali yang saya akan lakukan adalah dengan mengikis imej serta persepsi mengenai pemimpin Negara adalah golongan elit bangsa. Kita semua tahu, apabila seseorang menjawat jawatan penting dan tinggi dalam Negara maka pendapatan mereka akan meningkat dengan drastik sekali. Perkara inilah yang menyebabkan sesetengah pemimpin Negara yang hanyut serta leka kerana dibuai dengan kemewahan dan wang ringgit yang diperoleh sehingga lupa daratan dan lupa nasib rakyat yang menderita. Oleh itu, jika saya menjadi pemimpin, saya akan membawa imej mesra rakyat. dan akan sentiasa memegang prinsip rakyat diutamakan dalam segala hal.

Perubahan seterusnya adalah dengan mengubah mentaliti rakyat daripada minda kelas ketiga menjadi kelas pertama. Kita sedia maklum bahawa Negara kita mempunyai infrastuktur dunia kelas pertama namun, apa yang membelenggu serta membebani rakyat ialah pemikiran rakyat di peringkat tidak matang. Kes-kes jenayah semakin tidak terkawal dan meningkat. Oleh itu, pendidikan kelas pertama harus dididik sejak di bangku sekolah lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Selain itu, perubahan untuk memantapkan dan mengukuhkan jati diri belia menjadi agenda saya. Pada masa kini kebanyakan belia mengalami keruntuhan moral atau akhlak yang serius. Jika perkara ini berlaku tanpa tindakan susulan daripada pihak berkuasa pasti gejala ini akan semakin parah. Sesungguhnya kita semua perlu ingat, remaja mereka ini pewaris bangsa. Sekiranya belia hanyut dan leka dibuai mimpi keseronokan maka gelaplah masa depan Negara. Oleh itu, kegiatan jati diri pelajar perlu dimantapkan selaras dengan keutuhan Negara.

Malaysia terkenal dengan pelbagai bangsa atau kaum di dalamnya. Oleh itu, perpaduan yang erat, jitu, utuh dan kukuh mesti dicapai untuk memastikan semua kaum boleh hidup dalam keadaan harmoni dan sentosa. Konsep “Satu Malaysia” yang diuar-uarkan adalah bernas kerana perpaduan menjamin kemajuan Negara.Haruslah kita ingat Malaysia bukan sahaja dihuni oleh kaum melayu sahaja tetapi kaum India, cina kadazan, iban dan sebagainya. Justeru, perhatian yang sama rata atau keadilan hak mesti tunaikan tanpa warna kulit untuk mengelakkan perasaan tidak puas hati atau cemburu. Apabila perkara asas ini diselesaikan oleh saya sudah pasti semua rakyat Malaysia dapat bersatu.

Kemiskinan dan kemelaratan hidup di Malaysia tidaklah begitu ketara berbanding dengan Negara lain di Asean. Namun sebagai pemimpin saya akan pastikan bahawa fenomena tersebut dapat dibanteras.Pelbagai inisiatif diambil seperti memberi sumbangan kepada golongan miskin dengan memberi peluang pekerjaan yang setaraf dengan mereka. Menurut statistic yang dikeluarkan oleh Kementerian Keluarga dan Wanita Malaysia hampir 40 % kemiskinan disebabkan oleh kesukaran mendapatkan pekerjaan, tambahan pula dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil.Oleh itu, keadaan rakyat yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang harus dihapuskan.

Akhir sekali, saya ingin membuat perubahan dalam aspek politik. Dalam pentadbiran sesebuah Negara yang demokrasi seperti Malaysia, suara-suara rakyat harus didengar. Keluhan atau masalah harus diberi keutamaan. Saya akan pastikan setiap kementerian memainkan peranan masing-masing dengan berkesan.Sesiapa sahaja pentadbir yang menyeleweng akan dikenakan tindakan yang sewajarnya. Keluhuran undang-undang harus diberi penghormatan oleh semua pihak. Sesungguhnya kita tidak mahu orang yang diamanahkan membuat kerja menjadi penjahanam yang merosakkan bangsa, bak kata pepatah bagai meludah ke langit.

Kesimpulannya, sekiranya impian saya untuk menjadi pemimpin suatu hari nanti tercapai, saya akan mengubah Malaysia menjadi Negara yang hebat dan dihormati. Tetapi semua perkara tersebut bukan mudah dicapai kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Namun, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih, saya akan pastikan perancangan saya akan dapat direalisasikan untuk Negara Malaysia yang saya cintai.



















GALAKAN SISWAZAH MENCEBURI BIDANG PERTANIAN

Pada masa ini Negara sentiasa mengorak langkah untuk menjadi sebuah Negara yang maju dalam pelbagai aspek, khususnya ekonomi, politik dan social. Bidang pertanian merupakan salah satu bidang yang berdaya maju. Perbagai kaedah telah dilakukan untuk memastikan sector pertanian terus maju dan diminati oleh golongan muda terutama para siswazah. Walaupun pengangguran pada masa kini agak tinggi, para siswazah agak keberatan untuk bersama-sama memajukan sector ini. Oleh itu langkah yang sesuai harus diambil untuk memastikan mereka terlibat dalam sektor ini.

Antara inisiatif yang boleh diambil adalah dengan menanam minat terhadap bidang ini sejak di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan medium terbaik untuk menyemai minat terhadap bidang ini. Mata pelajaran Pertanian dalam kemahiran hidup atau sains boleh membantu pelajar memahami keuntungan atau faedah melibatkan diri dalam bidang ini. Pemahaman yang mendalam tentang pertanian amat penting agar pelajar tidak memberi atau mendapat tanggapan yang negative yang menjauhkan minat para pelajar. Dahulu pertanian berkonsepkan sara hidup tetapi masa kini pertanian sebenarnya perniagaan yang boleh membawa kekayaan. Oleh itu, informasi yang betul berkaitan pertanian sejak kecil boleh memberi nilai tambah kepada generasi muda melibatkan diri dalam bidang ini.

Kerajaan juga perlu memainkan peranan melalui agensi tertentu menarik minat para siswazah.Kerajaan perlu memberi insensif tertentu dalam bentuk modal. Kita sedia maklum, siswazah yang baru meninggalkan alam pengajian pasi tidak mempunyai asset untuk memulakan sesuatu program. Mereka pasti mengalami sesulitan untuk mengeluarkan perbelanjaan permulaan yang besar kerana agensi kewangan seperti bank tidak mudah meluluskan pinjaman. Oleh itu, kerajaan perlu menyediakan bantuan skim siswazah agar mereka dapat beroperasi dengan baik. Bank-bank seperti Agro Bank, memberi pinjaman berjadual kepada siswazah yang bercita-cita menjadi petani moden.

Selain itu, siswazah juga perlu diberi ilmu yang secukupnya agar penglibatan mereka tidak sia-sia. Kebanyakan siswazah yang menganggur merupakan siswazah daripada jurusan yang tiada kaitan dengan bidang pertanian. Oleh itu, mereka perlu diberi kursus khas. Kursus-kursus memahami pertanian sama ada penternakan, peladangan atau pun perikanan perlu diiukuti kerana mereka memerlukan pengetahuan yang khusus kerana tanpa ilmu tersebut pasti kegiatan tersebut akan mengalami kegagalan.









PERUNDINGAN MEMBAWA KEBAIKAN BERBANDING PEPERANGAN

Kerakusan pemimpin yang mudah membuat keputusan untuk berperang sering membawa malapetaka kepada rakyatnya. Sejarah telah membuktikan bahawa perang Dunia Pertama dan Perang Dunia ke-2 membawa pelbagai implikasi kepada dunia sejagat. Tokoh-tokoh seperti Hitler, George Bush pasti akan dikenang oleh rakyat negara terlibat sebagai pemimpin yang mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing yang telah memusnah dan meghancurkan keharmonian mereka. Oleh itu, pemimpin sekarang harus mengambil iktibar bahawa, peperangan tidak menyelesaikan masalah dengan singkat dan mereka perlu sedar dengan mengambil pendekatan berunding demi kesejahteraan warganya. Terdapat pelbagai manfaat apabila pemimpin mengambil pendekatan berunding.

Antara kebaikannya ialah, tiada pertumpahan darah berlaku. Hal ini demikian kerana perundingan hanya melibatkan pemimpin yang duduk semeja untuk mencari jalan penyelesaian. Perbincangan yang melibatkan pemimpin ini, pasti akan mencari cara terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit. Oleh itu, rakyat tidak perlu mengalami kesengsaraan akibat daripada ledakan bom. Pertumpahan darah tidak akan berlaku. Para penduduk juga tidak akan kehilangan orang yang tersayang kerana terkorban dalam peperangan. Jelaslah bahawa perundingan akan mengelakkan berlakunya pertumpahan darah.

Selain itu, sesebuah Negara tidak akan kerugian harta benda. Kita sedia maklum bahawa peperangan akan memusnahkan bangunan, kenderaan, perladangan dan sebagainya. Peperangan pasti menggunakan senjata-senjata canggih seperti peluru berpandu yang merosakkan. Peperangan antara Israel dan Palestin membawa kemusnahan yang teruk dan memusnahkan infrastruktur sesebuah Negara. Ribuan juta ringgit pasti akan lebur begitu sahaja. Bak kata pepatah yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu serta kemusnahan ini tidak mudah dibaiki dalam masa yang singkat. Oleh itu, jelaslah kini bahawa perundingan yang jujur pasti dapat mengelakkan kemusnahan harta benda.

Jika rundingan dilakukan secara tidak langsung hubungan diplomatik antara dua negara dapat dijalinkan. Pemimpin-pemimpin sesebuah negara yang terlibat boleh mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan diplomatik ketika rundingan dijalankan. Perasaan berbaik-baik dan berperangka positif akan wujud antara mereka, dan keadaan ini membolehkan perkara yang keruh dapat dijernihkan, bak kata pepatah, carik-carik bulu ayam, akhir bercantum juga. Jelaslah pendekatan rundingan dapat membantu memulihkan hubungan dua hala.

Seterusnya, negara-negara yang terlibat dalam rundingan menyelesaikan masalah akan dipandang tinggi oleh Negara lain. Pada masa kini majoriti masyarakat di seluruh dunia ingin hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Namun, terdapat segelintir pemimpin yang angkuh dan pentingkan diri sendiri sahaja yang tidak mementingkan keamanan. Kita lihat sahaja pemimpin Korea Utara yang sering membuat provokasi dengan melancarkan ujian nuklear telah dikecam hebat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PPB) dan masyarakat dunia. Begitu juga pihak Amerika Syarikat yang dianggap polis dunia telah dikecam hebat akibat pendekatannya yang cuba menyelesaikan masalah secara keganasan yang kononnya ingin menghapuskan penganas. Secara tidak langsung perbuatan mereka telah menjejaskan imej negara terbabit. Jelaslah cara perundingan amat bersesuaian menyelesaikan masalah.

Tuntasnya, konflik yang melanda antara Negara dengan negara lain haruslah menggunakan kaedah perundingan agar kesejahteraan dan kemajuan sesebuah Negara dapat dikecapi oleh semua. Pihak kerajaan harus bijak membuat keputusan. Sudah terang lagi bersuluh, konflik yang diselesaikan melalui perundingan membawa pelbagai kemajuan Negara.

Sunday, July 19, 2009

SOALAN RUMUSAN SPM

Soalan 1:Rumusan
(30 markah)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang khasiat kunyit dalam bidang perubatan dan masakan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kunyit merupakan sejenis tumbuhan tradisi yang berasal daripada keluarga Zingiberaceace. Tumbuhan ini mempunyai pelbagai nama. Di negara China, kunyit dikenali sebagai Jiang Huang dan Yu Jin. Bagi masyarakat Arab, kunyit sinonim dengan panggilan Kurkum. Masyarakat Indonesia pula memanggil kunyit sebagai Indian Saffraon, Curcuma dan Kunir. Mengikut catatan, kunyit banyak terdapat di kawasan – kawasan tropika dan negara asal yang dikenal pasti bagi tumbuhan ini ialah India. Hal ini memang ada kebenarannya kerana kalau kita perhatikan, masyarakat India kebanyakannya menggunakan tumbuhan tersebut terutama sekali sebagai ramuan dalam masakan.
Sebagai sejenis tumbuhan herba, kunyit sememangnya banyak mempunyai khasiat. Selain menjadi rempah ratus dan penyedap dalam masakan, kunyit turut digunakan dalam perubatan tradisional. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, ibu kunyit dapat membantu wanita yang baru bersalin untuk membersihkan dan mengecutkan rahim. Mereka juga menggunakan kunyit bersama – sama lada hitam untuk memanaskan badan. Perubatan tradisional turut menggunakan kunyit untuk mengubati penyakit seperti darah tinggi, demam kuning, cirit – birit, batuk, lelah dan sebagainya. Caranya adalah dengan menumbuk kunyit sehingga lumat dan kemudiannya ditapis untuk diminum.
Kunyit juga dipercayai dapat mengubati penyakit seperti sakit perut, asma, selain dapat mengurangkan rasa gatal pada mata. Bagi bayi yang menghidap penyakit kulit susu, kunyit yang dicampur dengan kapur dipercayai dapat mengatasinya dengan cara menyapukannya pada bahagian yang berkurap. Kunyit bersifat analgesik dipercayai dapat menyembuhkan luka serta dapat mengurangkan kesakitan. Hal ini dapat dilakukan dengan cara menumbuk kunyit hingga lumat dan seterusnya ditampal pada bahagian yang luka. Kecergasan ibu – ibu selepas bersalin dapat dipulihkan dengan cara mengisar kunyit dan pegaga kemudian airnya diminum. Bukan itu sahaja, malah cara ini dapat menghilangkan keputihan dalam kalangan kaum wanita.
Di negara China, kunyit telah digunakan sejak beratus – ratus tahun dahulu sebagai bahan perubatan. Menurut pengamal perubatan tradisional negara China, kunyit dapat melancarkan peredaran darah manusia dengan cara menjadikan kunyit sebagai bahan minuman. Bagi seseorang yang mengalami rasa lebam dan darah beku, akan dapat dihilangkan dengan cara menyapu kunyit yang telah ditumbuk pada bahagian yang tertentu. Di Thailand, penduduknya menggunakan kunyit untuk menghilangkan kesan bisa akibat dipatuk oleh ular tedung. Perubatan tradisional India turut menggunakan kunyit sebagai salah satu bahan herba yang amat mujarab sebagai pencuci di samping dapat mengubati penyakit kulit atau gatal – gatal. Sebenarnya masih banyak lagi khasiat yang terdapat dalam kunyit. Kita berharap agar para penyelidik akan terus melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan tersebut dan seterusnya kunyit dijadikan ubat penyakit kronik yang mujarab.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Kunyit Kaya dengan
Pelbagai Khasiat Boleh diperoleh, Melaka Hari Ini, 20 Julai 2006)

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Apakah yang dimaksudkan dengan frasa penawar penyakit kronik yang mujarab?

(2 markah)

(ii)Nyatakan beberapa keistimewaan yang terdapat pada tumbuhan seperti kunyit.
(3 markah)

(iii)Walaupun kunyit dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit,namun sambutan masyarakat masih kurang.Pada pendapat anda mengapakah hal ini demikian?(4 markah)







Soalan 1:Rumusan


Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah menyertai kegiatan kokurikulum dan kesannya dari segi kesihatan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kokurikulum negara yang dibentuk berdasarkan kehendak sukatan pelajaran mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah merupakan salah satu aktiviti luar bilik darjah yang banyak manfaatnya kepada pelajar. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang aktif dan kreatif, bahkan mampu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun begitu, sejak belakangan ini, penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum amat mendukacitakan. Dalam hal ini, kerana pelajar tidak sedar akan faedah yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum.
Seseorang pelajar yang melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum akan dapat menggunakan masanya dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Dalam pasukan unit beruniform seperti Pengakap, Kadet Polis, Pandu Puteri pelajar dituntut supaya sentiasa menepati dan menghargai masa. Dalam hal ini, pelajar dididik tentang kepentingan dan cara pengurusan masa dengan lebih baik kerana seperti yang kita sedia maklum, masa itu amat berharga bak kata pepatah, masa itu emas.
Aktiviti kokurikulum yang disertai pelajar dapat mengasah bakat pelajar untuk lebih yakin dan berani dalam menghadapi cabaran luar yang kian mencabar . Lihat sahaja nama – nama seperti Datuk Azhar Mansur, Datuk Abdul Malik Maidin yang telah berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan dapat menyemai minat dan hobi mereka. Pelajar yang minat mengambil gambar akan menyertai Kelab Fotografi, pelajar yang gemar mengembara dan mendaki akan menyertai Kelab Kembara. Aktiviti kokurikulum juga mampu membentuk disiplin dan sahsiah diri pelajar yang kuat. Dalam pasukan Kadet Polis, aspek sahsiah, kekemasan pakaian, disiplin amat dititikberatkan. Selain itu, penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum mampu melahirkan pelajar cemerlang yang mempunyai pencapaian seimbang antara akademik dengan aktiviti kokurikulum.
Pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum turut memperoleh satu nilai tambah kerana kemahiran ini bukan diperoleh melalui pengajaran di dalam bilik darjah tetapi di luar bilik darjah. Di samping itu, perpaduan dalam aktiviti kokurikulum dapat disemai melalui semangat muafakat, bekerjasama dan tolong - menolong antara satu sama lain. Dalam kegiatan kokurikulum, nilai – nilai berani, bekerjasama, bersemangat, setia kawan, jujur, rajin banyak diterapkan. Keadaan seperti ini mampu membina daya kepimpinan, pengurusan dan seterusnya kaedah berorganisasi. Pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial seperti merokok, menghidu gam, melepak, seks rambang, mengambil dadah, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum sentiasa berfikiran positif di samping memanfaatkan masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah.
Untuk menyedarkan pelajar tentang kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum, semua pihak perlulah mengambil langkah yang lebih proaktif. Ibu bapa yang rapat dengan pelajar perlu menyokong penglibatan anak –anak mereka dengan aktiviti kokurikulum. Demikian juga halnya dengan guru – guru, peranan mereka dalam usaha menarik minat pelajar menyertai aktiviti kokurikulum tidak kurang pentingnya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Faedah – faedah Menyertai
Aktiviti Kokurikulum, Dewan Siswa, April 2006)

Soalan 2:Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata masa itu emas.(2 markah)

(ii)Bagaimanakah aktiviti kokurikulum itu dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar?3 markah)

(iii)Pada pendapat anda, mengapakah pelajar kurang berminat untuk menyertai aktiviti kokurikulum?(4 markah)









Soalan 1:Rumusan


Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang keburukan internet dalam masyarakat dan langkah langkah mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perkembangan komunikasi khususnya dalam bidang teknologi maklumat (IT) sememangnya telah membawa perubahan secara menyeluruh kepada cara hidup kita. Perkembangan teknologi tersebut begitu cepat dan pantas sehinggakan dunia ini seolah – olah terlalu kecil. Salah satu daripada rangkaian teknologi maklumat yang tidak asing bagi kita ialah internet iaitu jaringan telekomunikasi secara maya tanpa sempadan.
Internet sudah sinonim dengan rakyat negara kita. Kemudahan tersebut boleh diperoleh sama ada di rumah, sekolah, institusi –institusi pengajian tinggi, pejabat, pusat beli – belah dan sebagainya. Bagaimanapun, perkembangan tersebut telah mendapat teguran dan kritikan daripada pelbagai pihak kerana ada golongan tertentu cuba menyalahgunakan kemudahan internet untuk kepentingan sendiri. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi misalnya, meminta pihak polis menahan dan menyoal siasat mana – mana pihak yang cuba menyalahgunakan kemudahan internet.
Sebenarnya, jika internet disalahgunakan boleh mendatangkan pelbagai keburukan. Pada kebiasaannya, kebanyakan laporan yang dikeluarkan melalui internet adalah berasaskan khabar angin dan tuduhan liar. Selain itu, internet juga boleh menimbulkan sentimen perkauman dalam masyarakat yang berbilang kaum. Penyebaran artikel, khabar – khabar angin, gosip, isu – isu sensitif seperti agama, hak istimewa orang Melayu misalnya akan merenggangkan hubungan antara kaum di negara kita. Penyebaran perkara yang tidak betul ini akan mencetuskan kekacauan sehingga memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
Terdapat sesetengah pihak menggunakan internet untuk memburuk – burukkan serta menabur fitnah terhadap individu lain sehingga menyebabkan maruah dan reputasi seseorang itu tercemar. Suatu ketika dahulu, kita telah dikejutkan dengan berita penyebaran gambar – gambar lucah yang melibatkan rakyat tempatan. Perbuatan seperti ini, akan menjatuhkan maruah individu dan keluarganya. Selain itu, penggunaan internet tanpa kawalan telah meningkatkan kos penyelenggaraan. Pengguna internet terpaksa menjelaskan bil – bil internet, telefon dan sebagainya. Bagi pengguna yang berkunjung ke “cyber café”, mereka terpaksa membayar sewa antara RM4 hingga RM5 sejam.
Ketagihan dalam internet turut mewujudkan masyarakat yang antisosial. Hal ini terjadi demikian kerana seseorang yang ketagih dengan internet, akan terus melayari internet sehingga mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Menurut kajian, seseorang yang terlalu lama melayari internet boleh menjejaskan tahap kesihatan mereka. Perkara ini berlaku kerana mereka tidak cukup tidur dan makan tidak mengikut waktu.
Walau bagaimanapun, kemunculan internet banyak mendatangkan kebaikan kepada manusia. Melalui internet kita boleh memperoleh banyak maklumat dan mengetahui perkembangan dunia luar. Apa yang penting, kita sebagai pengguna haruslah menjadi pengguna internet yang bijak.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada: Kabinet Mahu Blog
Internet Dipantau, Berita Harian, 2 Ogos 2006)

Soalan 2:Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata jaringan telekomunikasi secara maya.(2 markah)

(ii)Nyatakan isu – isu sensitif yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara kita.(3 markah)

(iii)Pada pendapat anda, bagaimanakah internet dapat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar?(4 markah)

Soalan 1:Rumusan


Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah – langkah menanam minat membaca dalam kalangan pelajar dan faedahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Amalan membaca dalam kalangan pelajar di negara ini berada pada tahap yang cukup membimbangkan. Secara puratanya, pelajar membaca satu halaman buku setiap tahun. Hal ini menunjukkan bahawa tahap pembacaan para pelajar masih lemah. Memang kita akui, ramai pelajar yang membaca kerana desakan peperiksaan. Apabila peperiksaan telah tamat, tabiat membaca ini tidak diteruskan. Sehubungan dengan itu, semua pihak harus bertanggungjawab dan berusaha untuk memupuk minat membaca khususnya dalam kalangan pelajar.
Minat membaca dalam kalangan pelajar dapat dipupuk oleh ibu bapa dengan cara menunjukkan model yang baik kepada anak – anak. Sikap ibu bapa yang sering membaca buku di hadapan anak – anak menyebabkan anak – anak mencontohi ibu bapa mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu menyediakan bilik bacaan atau perpustakaan mini dan menyediakan pelbagai bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur mereka.
Selain ibu bapa, guru turut memainkan peranan dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan misalnya, guru hendaklah menekankan kemahiran asas iaitu membaca, mengira dan menulis. Dorongan daripada guru supaya pelajar berkunjung ke perpustakaan sangat penting. Semasa di perpustakaan, pelajar digalakkan membaca buku – buku yang berunsur ilmiah, membuat rujukan atau menyiapkan kerja – kerja sekolah yang belum selesai. Pihak sekolah juga boleh menyediakan “Medan Membaca” atau mewajibkan pelajar membuat ulasan terhadap sebuah buku yang mereka baca pada hari perhimpunan sekolah. Usaha ini penting kerana pelajar berasa bahawa membaca itu menyeronokkan.
Kempen – kempen yang dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang faedah membaca perlu dipergiatkan dari semasa ke semasa. Penggunaan kata – kata yang menarik seperti “Membaca jambatan ilmu”, “Hidup membaca, hidup bahagia’’ mampu merangsang minat pelajar untuk membaca. Pertandingan perbahasan, pidato dan bercerita di peringkat sekolah, turut menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar. Melalui pertandingan ini, pelajar yang muncul juara perlu diberi ganjaran sebagai motivasi agar terus membaca. Pembinaan pondok – pondok bacaan di kawasan sekolah yang dilengkapi dengan bahan – bahan bacaan seperti surat khabar lama, buku – buku cerita mampu menyemai minat pelajar. Sebagai contoh, ketika waktu rehat, sesetengah pelajar tidak ke kantin, jadi kesempatan ini mereka gunakan untuk duduk di pondok bacaan sambil membaca buku.
Pihak kerajaan turut berperanan dalam menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar. Kerajaan misalnya, boleh mengurangkan cukai import bahan bacaan bermutu yang diimport dari negara luar. Selain itu, penubuhan lebih banyak perpustakaan di tempat – tempat yang lebih strategik perlu disegerakan. Perpustakan bergerak juga perlu disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman atau luar bandar. Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan pelajar hendaklah ditekankan di peringkat awal lagi. Peribahasa Melayu ada mengatakan, “melentur buluh biar dari rebungnya”. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama untuk menanam minat membaca dalam kalangan pelajar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada: Semua pihak Membantu
Kanak – kanak Membaca: Pendidik, BIL. 18-2006)

Soalan 2:Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata melentur buluh biar dari rebungnya.(2 markah)

(ii)Ibu bapa boleh menyemai minat membaca dalam kalangan anak – anak. Bagaimanakah hal ini boleh dilakukan?(3 markah)

(iii)Pada pendapat anda, mengapakah minat membaca dalam kalangan pelajar masih berada pada tahap yang kurang memberangsangkan?(4 markah)

Friday, July 17, 2009

SUAMI YANG DISUKAI ISTERI



Apa Yang Disukai Isteri dari Suaminya?Terkadang kita ingin tahu juga, apa yang membuat isteri kita senang dalam kehidupan berumah-tangga. Berikut ini adalah satu versi rangkaian sikap dan sifat yang disukai seorang isteri dari suaminya:

1. Penuh Pengertian. Seorang isteri senang diperhatikan dan didengarkan. Ia senang suaminya memahami dan mengerti dirinya. Dalam suka dan dukanya. Dalam ceria dan sedihnya. Ia senang suami mengetahui perasaannya. Ia misalnya senang diberitahu pakaiannya yang mana yang paling disukai suaminya.

2. Setia. Kesetiaan adalah syarat utama cinta sejati. Seorang isteri ingin cinta suami itu hanya untuknya. Sikap cemburu adalah sebahagian daripada cinta. Sapaan sayang di tengah kesibukan, walaupun hanya satu dua minit kata-kata yang disampaikan melalui telepon, walaupun hanya satu dua kalimat SMS, akan menjadi pengukuh kepercayaan.

"3. Sabar dan Pemaaf.Seorang isteri akan amat bersyukur jika suaminya mahu menerima dirinya apa adanya. Suaminya mampu memaafkan dan bersabar atas kekurangan yang ada pada dirinya. . Ini seperti pesan Ilahi: "Kemudian keadaan orang beriman itu adalah saling menasihati dalam kesabaran dan dalam kasih sayang." (QS. al-Balad); "Dan jika kalian memaafkan, tidak memarahi, dan mengampuni mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (QS. at-Taghabun)

4. Teguh Hati dan Bersemangat.Seorang isteri senang melihat suaminya senantiasa berteguh hati dan bersemangat dalam menyelesaikan berbagai tugas dan amanah.

5. Romantis. Seorang istri senang jika suaminya mampu memperlihatkan dan mengekspresikan cinta dan kasih sayang. Ia senang mendapati suaminya membangun suasana kondusif kasih sayang di rumah. Ia senang jika suaminya romantis.

6. Rapi dan Wangi.Seorang istri suka suaminya rapi. Rapi menata rambut dan rapi berpakaian, bahkan dalam suasana santai.

7. Ceria dan Ramah. Senyum ceria dan keramahan amat dihajatkan seorang istri. Senyum dan keramahan itu laksana angin sejuk di tengah berbagai kelelahan dirinya. Berbagai kesibukan membuat jiwanya lelah. Interaksi dengan anak-anak di rumah itu bukan pekerjaan ringan. Segenap potensi kejiwaan dan pikiran mesti ia curahkan.

8. Menjadi Pemimpin yang Melindungi.Isteri memerlukan perlindungan yang membuatnya senantiasa merasa tenteram.

USRAH

PANDUAN HIDUP OLEH USTAZ ABDUL LATIB HJ HASHIM




Objektif :
1. Ahli usrah ini jelas bahawa surah ini terkandung dasar-dasar aqidah dan pandangan hidup Islam yang pokok.
2. Ahli usrah memahami lebih mendalam pengertian setiap ayat dalam surah ini untuk lebih khusuk dalam solat dan seterusnya untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.

Sinopsis
1. Degan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. 卜emulakan sesuatu dengan nama Allah adalah satu adad yang diahyukan oleh Allah kepada Rasul- Nya dalam ayat pertama iaitu surah al- Alaq. -Adalah wajar dimulakan dengan nama Allah keranan wujudnya segala sesuatu adalah kerana kewujudan Allah. -Sifat Rahman dan Rahim adalah dua sifat yang mencakupi kasih sayang dan kasihan belas.
2. Segala puji-pujian hanyalah pada Allah pemelihara sekalian alam. - Satu perasaan kesyukuran kepada Allah kerana Allah penyusun dan pemelihara seluruh alam. Juga merasakan kewujudan diri kita dan seluruh alam ini adalah dengan limpahan rahmat Allah yang setiap saat terlalu banyak nikmat kurnia-Nya.
3. Yang maha pemurah lagi maha penyayang. -Sifat kasih- sayang Allah kepada hambanya tiada tolahk bandingnya. -Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan hambanya , terutama bila menghadapi segala bentuk ujian kesusahan mahupun kesenangan.
4. Yang menguasai hari pembalasan. -Pokok aqidah Islam. -Kepercayaan yang meletakkan pandangan dan hati manusia pada sebuah alam yang lain supaya tidak terlalu terkongkong kepada keperluan bumi sahaja dan supaya tidak terlalu gelisah untuk mendapat balasan di dunia di atas segala usaha yang dilakukan.
5. Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada engkaulah kami memohon pertolongan. - Perhambaan yang mutlak kepada Allah , bukan kepada kepercayaan yang karut atau bukan kepada undang-undang ciptaan manusia. - Membawa kita kepada ketaatan sepenuhnya kepada Allah, rasul dan pemimpin yang taat.
6.Tunjukilah kami jalan yang lurus. - Memohon taufik untuk mengenal jalan yang lurus dan seterusnya mengikuti jalan yang lurus. - Agar terpimpin fitrah manusia kepada undang 勃ndag Allah yang murni.
7. Iaitu jalan orang yang engkau kurniakan nikmat ke atas mereka, bukan jalan orang yang engkau murkai dan bukan jalan orang yang sesat. -Ayat ini menerangkan sifat-sifat jalan yang lurus. Kesimpulan Surah ini adalah intisari isi kandungan dari erti iaitu tiada ibadah , tiada penolog , tiada pemberi rezeki dan tiada penguasaan selain Allah. Selain itu surah ini amat penting dan diwajibkan membacanya dalam setiap rakaat solat.
Rujukan 1. Silibus usrah 1
2. Tafsir Al-Quran
3. Meresapkan Fatihah dalam roh.

Surah Al-Ikhlas ( Memurnikan keesaaan Allah)
Keutamaan Sabda Rasulullah saw: ・Demi jiwaku di tangannya , sesungguhnya surah ini menyamai satu pertiga Al- Quran・ Sebab -Surah ini terdiri daripada garis-garis pokok yag amat luas mengenai keagungan Islam. - Satu sistem hidup yang mengeluruh.

Sinopsis 1. Katakanlah Allah itu maha Esa. -Kepercayaan jelas ・mengelakkan kepercayaan karut. -Tidak syirik -bebas dari belenggu ・ihsan- segala-gala hanya Allah swt. -Menafikan sebab 穆ebab lain sebagai kuasa pencipta. Dalil : Al- Anfal (10.,17) Al 傍akwir (29)
- Satu sistem - hidup sempurna , hidup beribadah kepada Allah (dengan keinginan atau ketakutan ) senang atau susah. - Menerima dari Allah segala urusan akidah ・konsep nilai , ukuran, syarat , undang 勃ndang , kedudukan ,peraturan , adab , cara , adat resam. - Bergerak , bertindak. - Menghubungkan hati manusia dengan makhluk lain. - Bebas dan luhur: bebas bermakna percubaan dan perjuangan yang berterusan untuk memajukan manusia seluruhnya dan membebaskan kehidupan mereka. satu sistem sangat sukar. - Kebebasan- roh manusia menuju kepada Allah swt -menegakkan hakikat yang luhur.

2. Allah itu selama-lamanya tumpuan seluruh makhluk. - Tuhan yang dituju orang dan tiada sesuatu urusan yang diputuskan melainkan dengan kebenaran. - Semua makhluk sebagai hamba. - Pemutus segala keputusan.

3. Tidak pernah beranak dan tidak diperanakkan. - Kejadian Allah swt. Abadi dan azali. - Sempurna segala keadaan. - Tiada anak , isteri, suami , ibu dan bapa.

4. Dan tiada sesiapapun yang setanding dengannya. -Allah itu Esa. -Tiada yang dapat menyerupainya.

Surah Al- Nasr
Objektif: 1. Ahli usrah jelas bahawa Allah berhak memberikan pertolongna kepada sesiapa yang Dia sukadan manusia hanya mampu berusaha. Pada Allahl;ah terletak segala- galanya dan setiap nikmat kejayaan yang diberikan 鋒ya seharusnya disyukuri.

Sinopsis
1. Allah telah memberikan pertolongan kepada Nabi Muhammad dan pengikutnya dalam usaha untuk menakluki Kota Mekah setelah melalui beberapa peperangan. Nabi dan sahabatnya hanya mampu berusaha dalam menyampaikan dakwah Islamiah tetapi yang memberi kemenangan adalah Allah swt setimpal dengan usaha mereka. Kemenangan itu pula diberi mengikut masa yang dikehendakinya.
2. Apabila tiba pertolongan Allah swt dan Nabi Muhammad saw berjaya menakluk Kota Mekah , penduduk Mekah telah mendapat kebebasan dan tidak takut-takut lagi untuk memeluk agama Islam. Mereka telah memeluk agama Islam secara beramai-ramai setelah diadakan pengumpulan umum.
3. Allah telah memerintahkan Nabi Muhammad saw supaya bersyukur dengan mematuhi perintah Allah yang melimpahkan nikmatnya itu serta memohon ampun kepadanya apabila menguasai tanah suci Mekah serta melihat mausia masuk kedalam agama Allah secara beramai- ramai.
Pengajaran ayat
1. Allah telah memberi kejayaan kepada orang 撲rang yang berusaha dan sabar. 2. Hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah swt yang telah memberikan nikmat kepada kita. 3. Bantuan Allah pasti ada terhadap orang 撲rang yang memperjuangkan agamanya. 4. Hendaklah sentiasa mengingati Allah dengan sentiasa berzikir kepada-Nya serta sentiasa memohon keampunan.
Rujukan 1. Tafsir Al- Quran
Surah Al- Kafirun (surah orang-orang kafir )
Objektif 1. Ahli usrah dapat membezakan antara tauhid dan syirik. 2. Menyedarkan ahli usrah bahawa tiada tolak ansur antara Islam dan Jahiliah. 3. Ahli usrah mengetahui bahawa Islam harus diterima secara keseluruhannya. 4. Ahli usrah jelas erti jahiliah dalam konteks dahulu dan sekarang.

Sinopsis
1. Sifat orang Arab Jahiliah. -tidak menafikan kewujudan Allah swt. -menyekutukan Allah swt. -terlalu dipengaruhi oleh adab resam seperti membunuh anak. -Allah swt telah menegaskan bahawa mereka tidak berada di atas agama yang benar. - mereka bukan orang mukmin.
2. Sebab timbulnya cadangan mengadakan satu persefahaman antara jahiliah dan Islam.. ・Kerana kononnya kepercayaan orang Arab jahiliah hampir serupa dengan risalah yang dibawa oleH nabi saw.
3. Maksud tauhid. -sistem yang boleh membawa manusia kepada satu sumber tunggal (tiada sekutu)dimana manusia harus menerima akidah, syariat ,nilai dan ukuran ,adab,akhlak ,pandangan idup dan segala yang terangkum di bawahnya. - Seluruh hidup mesti ditegakkan atas asa tauhid ini tanpa bercampur dengan perkara- perkara syirik zahir dan batin. - Ringkasnya sistem Islam mesti diterima secara keseluruhannya tanpa ada campur aduk dengan perkara-perkara jahiliah.
4. Hikmah Allah menurunkan surah Al-Kafirun -Penegasan yang amat tegas bahawa tiada kompromi diantara Islam dan jahiliahdari segenap aspek samaada dari aspek ibadat ,sistem, pemikiran dan tindakan. - Ayat yang berulang 勃lang juga menunjukkan betapa tegasnya larangan Allah swt dalam soal tawar ・mwnawar dalam hal ini.

Surah Al- Humazah (pengumpat dan pencaci)
Ayat Makiyyah :9 ayat Objektif
1. Supaya ahli usrah jelas tentang sifat-sifat buruk dan kerendahan akhlak orang 撲rang yang sukamengumpat dan mencela ,juga balasan yang diperolei dari Allah swt.
2. Sepaya ahli usrah dapat menjauhkan diri dari sifat-sifat tersebut.
Sinopsis 1. Ancaman Allah terhdap orang yang suka mencela dan lain-lain lagi. 2. Ayat 2 dan 3 :Juga terdapat orang-orang kaya yang kedekut ,sentiasa menambah harta dantidak menafkahkan ke jalan Allah. 3. Ayat 4 : Mereka menjangka hartalah yang dapat menyelamatkan diri mereka. 4. Ayat 5: Orang sebegini akan dilempatr kedalam neraka Hutamah. 5. Ayat 6-9 : Gambaran tentang sifat-sifat neraka hutamah yang memang disediakan khas untuk pengumpat dan pencela.
Kesimpulan
1. Azab yang diperolehi oleh orang yang suka mengumpat , mencela dan menambah kekayaan dan tidak menafkahkan ke jalan Allah. 2. Menghiburkan hati orang mukmin yang menjaga jiwa supaya tidak diresapi rasa rendah diri akibat di hina dan dicela oleh pencela.
SOALAN
1. Bagaimana menjauhkan diri dari sifat-sifat ini ?
2. Peranan yang perlu dimainkan atau dilakukan terhdap individu ini.
Rujukan 1.Tafsir surah Al-Humazah (silibus). 2.Al- Quran dan terjemahannya.

Tafsir hadith (pengertian niat dan hijrah)
Objektif
1. Ahli usrah dapat mengetahui kepentingan dan pengertian hajat.
2. Ahli usrah dapay membezakan antara amal ibadat dan pekerjaan hajat.
3. Ahli usrah dapat mengetahui pengertian hijrah dalamkonteks dahulu dan sekarang.
Sinopsis
1. Kepentingan hadith. - Tinggi martabat dari segi hukum di mana banyak hukum di dasar dari hadith ini. - Imam Syafie: Hadith ini adalah sepertiga Islam( dimana Isalm merangkumi 3 aspek iaitu hati, lidah dan perbuatan).
2. Segala amal bermuladengan niat . -Amal yang perlu niat-amal yang bersifat syarak. -Amal yang bersifat tinggalkan yang haram,tidak berniat , amal tetap sah tetapi tiada ganjaran dari Allah. -Setiap amal bergantung kepada niat.
3. Pengertian niat. Bahasa ・tujuan dan ekhendak hati dimana dengan tujuan dan kehendak diri sendiri maka terjadilah sesuatu.
Syarak 釦ergerak hati ke arah sesuatu pekerjaan untuk mencari keredhaan Allah dan nyatakan perasaan patuh dan tunduk kepada perintanya.
4. Niat dapat membezakan di antara perbuatan adat dan amal ibadat. ・Keseluruhan perbuatan baik dalam kehidupan dianggap ibadat jika di sertai niat contoh: mandi, belajar dll.
5. Ikhlas -Menjadi jiwa bagi sesuatu amal . -Tidak dikatakan ibadah tanpa niat , ibadah tertolak tanpa ikhlas.
6. Ibadat - Tertakluk kepada perkara yang harus pada syarak - Perkara yang makruh dan haram , walaupun berniat baik tidak dapat menghalalkan perkara berikut (Niat tidak boleh menghalalkan yang makruh dan haram).
7. Pengertian hijrah -Di zaman nabi-Meninggalkan negeri Mekah lalu berpindah ke Madinah untuk kepentingan Islam. -Umum- Meninggalkan larangan Allah dan laksanakan segala yang di perintah oleh Allah. -Hijrah: Dengan perbuatan ,perkataan dan hati.
KONSEP SYAHADAH

OBJEKTIF
1. Ahli usrah dapat menjelaskan pengertian syahadah. 2. Ahli usrah dapat menerangkan rukun-rukun syahadah.
SINOPSIS
1. Pengertian Syahadah - dalam bahasa Arab berbagai ma地a - -ilmu, penerangan , perkhabaran, pernyataan dan pengakuan. - Ilmu- sedikit ilmu sedikit dilaksanakan - Peneranagn ,perkhabaran dan pernyataan : Syahadah adalah ikrar pengakuan kesetiaan ,lahir melaluilisan ,pernyataan apa yang terpendam di dalam hati.
- pengakuan : secara perkataan atau pun perbuatan. : pengakuan secara perbuatan - At Taubah : 4
2. Rukun syahadah ada 5 iaitu :
-Syahid : orang yang mengucap -yang mengakui Allah Yang Maha Esa dan Nabi Muhammad saw. 4 syarat : i. Tetapkan zat Allah Yang Maha Esa dan nafikan zat-zat yang lain. ii. Menetapkan sifat-sifat Allah Yang Maha Esa dan nafikan sifat-sifat yang lain. iii. Menetapkan af・al ( perbuatan) allah dan menafikan yang lain. iv. Menetapkan Rasulullah sebagai petunjuk dan pimpinan.
-Yang diberikan kesaksian dengannya a. beri kesaksian dengan kebenaran syariat Allah dan yang dibawa oleh Rasul. b. contoh : mesti akui sembahyang itu wajib. Tidak kira buat atau tidak.
3. Tidak dikira sebagai syahadah sekiranya tidah terhimpun perkara dibawah. a. Dengan hati ( penuh tanggungjawab ) .dan akal (penuh kesedaran ). b. Pengakuan dengan lidah ( diucap). c. Pengakuan hendaklah tegas dan putus. Tidak boleh berubah atau murtad. - sesiapa yang di dalamhati dan fikirannya masih tidak ingin mengucapkan syahadah ,maka masih tidak diterima sebagai Islam.
4. Perubahan seseorang dari kafir kepada seorang muslim
Kafir --------- muslim ,setiap cukup rukun dan syarat 穆yarat sah.
- Bila mengucap du akalimah syahasdah bermakna hanya menerima undang-undang Allah. - Mengapa apa perbezaan yang besar di antara seorang manusia dengan manusia yang lain.

SOALAN
Cuba menerangkan bagaimana kuasa yang ada pada kalimah syahasah ini begitu kuat hingga ia mengatasi pertalian darah dan hubungan kekeluargaan?

IBADAH DALAM ISLAM

OBJEKTIF
1. Ahli usrah dapat menernagkan konsep ibadah yang sebenar. 2. Ahli usrah dapat menyatakan syarat-syarat amalan semjadi ibadah. 3. Ahli usrah dapat menjelaskan ibadah dalam Islam.
SINOPSIS
1. Pengertian Ibadah dalam Islam - Naqib / ah memulakan topik dengan pengemukakan soalan: ?. Apakah yang difahami dengan perkataan ibadah? ?. Pengertian masyarakat terhadap ibadah ? - Ibadah dalam Islam mempunyai pengertian yang luas merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia. - Nyatakan perbezaan dengan agama-agama lain di mana mempunyai batas-batas tertentu dalam ibadah. - Pengertian ibadah yang sebenarnya : Menurut bahasa ・tunduk,patuh dan taat. Menurut syara・・ibadah diertikan sebagai taat,tunduk, patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah. (kemukakan pendapat 朴endapat ulama・mengenai pengertan ibadah ).
Kesimpulan :
1. Ibadah ialah keyakinan, sikap , amalam dan keadaan ・keadaan yang memenuhi makna-makna tunduk , kehinaan, kecintaan, khusu・dalam hubungan manusia dengan Allah swt.
2. Kenapakah manusia dijadikan : - dalam al-Quran manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi. - Al Baqarah : 30 - Untukmemenuhi tanggungjawab sebagai khalifah manusia mesti: ?. Mengenal Allah dengan sebenar 肪enarnya. ?. Beribadat dengan Allah dengan sebenar-benar Ibadah. - Tujuan asal kejadian manusia , langit,bumi dan segala makhluk adalah untuk mengenal dan beribadat kepada Allah - At Thalak :12 - Adz Dzariat : 56
3. Ciri-ciri Ibadah dalam Islam - perhubungan manusia dengan Allah tidak memerlukan perantaraan seperti tok-tok guru dan alim ulama・ - Allah adalah sumber hukum, berhak mengampunkan dosa-dosa hamba Nya juga merupakan tempat mengadu dan bergantung segalamakhluk.
-peranan alim ulama・/FONT> Memberikan tunjuk ajar /memandu angota masyarakat ke arah melakukan pengibadatan dengan cara yang betul. -perbezaan dengan ugama-ugama yang lain. Tidak mengkhususkan tempat peribadatan iaitu boleh melakukan dimana sahaja kecuali tempat yang najis dan kotor. -keluasan ibadat dalam Islam Segala bentuk perbuatan sama ada yang bersangkutan denagan individu mahupun masyarakat boleh dibahagikan ?. Ibadat khusus ?. Ibadat umum Kedua-dua ibadat ini melengkapkan pengertian ibadat yang sebenar : Al An 疎m :38 An Nahl : 89
4. Syarat-syarat sesuatu amalan itu dianggap sebagai ibadah : - amalan itu diakui Islam dan sesuai dengan hukum syariat. - Niat yang ikhlas kerana Allah semata-mata. - Dilakukan dengan sebaik-baiknya dan bersungguh-sungguh. - Sentiasa dalam batas-batas syariat - Tidak lalai dan cuai dari melakukan ibadat khusus.
5. Ruang lingkup ibadah - ibadah kepada Allah meliputi segenap bidang kehidupan. - Allah mengadakan perintah-perintah dan hukum syariat kepada hambanya melalui wahyuNya dalam al 鵬uran - Ini merupakan kewajipan 北ewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas hambanya. Maka mereka hendaklah beribadat kepada Allah dengan melaksanakan kewajipan tersebut.

KESIMPULAN
Terdapat salah faham sama ada individu atau masyarakat Islam tentang pengertian ibadah yang sebenar di dalam Islam iaitu ianya dikhususkan kepada ibadah khusus. Ibadah sebenarnya meliputi seluruh aspek kehidupan manusia sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
SOALAN
1. Apakah yang anda faham mengenai perkataan Ibadah dalam Islam ? 2. Apakah ciri-ciri ibadah dalam Islam? 3. 5 syarat yang menjadikan sesuatu amalan sebagai ibadah? 4. Apakah sebabnya manusia dijadikan ? 5. Hafalan surah Al- Baqarah : 30 ?

TUJUAN HIDUP INI

OBJEKTIF
1. Ahli usrah dapat memahami tujuan ia dijadikan. 2. Ahli usrah mengetahui perhubungan risalah dan tujuan berdakwah dengan tujuan hidup. 3. Ahli dapat menjelaskan apakah tujuannya sebagai khalifah dan hamba Allah.

SINOPSIS
1. Hafalan ・Adz Dzariat : 56
2. Hidup mempunyai tujuan - surah adz dzariat : 56- 58 - menyembah Allah swt - memusatkan penyembahan kepada Allah swt selama dalam kehidupan individu dengan Allah sebagaihambanya mahupun dalam hubungan sesama manusia sebagai anggota masyarakat. - Mencari keredhaan NYA. - Allah tidak menghendaki batasan balasan dan tidak mendapat apa-apa manfaat kepadaNya. 3. Wahyu dan fitrah - penciptaan manusia yang paling sempurna . At Tin : 4 - fitrah manusia sentiasa inginkan kebaikan : dapat ditingkatkan ke tahap yang tinggi jika mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh Allah swt. :juga dapat turun ke tahap / martabat yang paling rendah dari haiwan jika tidakmengikut ketetapan Allah swt. - wahyu Allah : adalah al 蜂slam : terkandung dalam al Quran : untuk membimbing fitrah dan potensi manusia. Ar- Rum : 30 oleh itu tu manusia perlu mengikut wahyu supaya dapat membentuk fitrah dan potensi yang benar-benar sempurna bagi mencapai tujuan hidup.
4. Hidup akhirat : 1 hari di akhirat : 1000 hari di dunia. : Tujuan hidup iaitu menyembah Allah tidak bererti meninggalkan dunia. Al Maidah : 87 ・88 Al Qashah : 77 : Martabat manusia di dunia ialah sebagai khalifah Allah . Al baqarah : 30 : Dunia ialah ladang akhirat . Al Ankabut : 64 : Tujuan hidup yang hakiki ialah keredhaan Allah. 5. Peranan risalah dan dakwah : Wahyu adalah pembombing manusia. : Islam adalah ugama risalah dan dahwah. : Risalah Islam dalam bentuk wahyu mwembawa berita gembira dan peringatan. : Umat Islam mendokong amanah untuk teruskan risalah Islam selepas Rasulullah. : Dakwah bererti menyeru/ mendamaikan : Dakwah Islam ・menyeru risalah Allah kepada umat manusia. : Kewajipan berdakwah bukan pada alim ulama・sahaja tapi wajib pada semua. 6. Peranan Ibadah : Hubungan dengan Allah akan memberikan kekuatan dan ketenangan jiwa. :Al Ankabut : 45 :Al Baqarah : 183
KESIMPULAN
1. Risalah Allah mengandungi 3 perkara pokok. 2. Tugas hamba Allagh dan khalifah adalah memakmurkan dunia.
SOALAN
1. Apakah tujuan hidup ini? 2. Kenapa kita diwajipkan berdakwah ? 3. Bagaimana risalah Islam boleh membimbing manusia.?

AKHLAK DALAM ISLAM

OBJEKTIF
1. Ahli jelas maksud akhlak dalam Islam. 2. Ahli dapat membezakan akhlak dan moral. 3. Menyedarkan ahli kepentingan akhlak dalam Islam. 4. Ahli dapat menjelaskan sifat-sifat seseorang yang berakhlak.
SINOPSIS
1. Definisi akhlak - tingkah laku zahir dan batin yang berdasarkan hukum Allah . - Iman Ghazali : sesungguhnya semua sifat yang ada dalam hati akan lahir pengaruhnya pada anggota. 2. Perbezaan akhlak dan moral Moral- tingkahlaku atau nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. Akhlak 釦ingkah laku zahir dan batin berdasarkan hukum Allah swt. 3. Jenis akhlak i. Baik ii. Jahat 4. Kepentingan akhlak - memberi pengaruh kepada perbuatan manusia. - Manusia akan membuat pertimbangan sebelum melakukan sesuatu. - Penting dalam menyampaikan risalah Islam. 5. Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang muslim. - Wara・dari melakukan perkara-perkara subhat dan jauhi yang haram. - Menundukkan pandangan dari melihat perkara yang haram. - Malu ・tetapi tidakdalammenyatakan kebenaran. - - tidak campur tangan dalam urusan orang lain. - - dorong seseorang meninggalkan perkara yang buruk dan halang dari meninggalkan perkara yang baik. - Lemah lembut dan sabar dalam menyampaikan dakwah. - Sabar dan jujur - Menjauhi dari sifat sangka buruk dan mengumpat. - Tawadhu' - Pemurah - Qudwah hasanah- lisanul hal lebih berkesan dari perkataan. 6. Hubungan akhlak dengan keimanan - akhlak mulia adalah buah keimanan - akhlak buruk bertentangan dengan keimanan
SOALAN
1. Apakah definisi akhlak? 2. Apakah yang dikatakan akhlak yang baik dan contohnya? 3. Sifat-sifat apakah yang perlu ada pada seseorang muslim? 4. Apakah sama orang yang bermoral dan berakhlak?
ISLAM SEBAGAI AD DEEN DAN KEWAJIPAN MENGHAYATINYA.
OBJEKTIF
1. Ahli dapat memahami pengertian Islam sebenarnya. 2. Ahli dapat menerangkan kepentingan penghayatan Islam yang syumul. 3. Ahli dapat mengaitkan pengertian Islam dan kewajipannya.
SINOPSIS
1. Islam adalah satu cara hidup bukan ideologi yang dicipta dan tidak boleh dipisahkan di antara satu sama lain.Al -Baqarah 208 2. Islam adalah agama penyudah . Al - Maidah 3 dan Al- Imran 19 3. Islam adalah deen para Rasul a.s 4. Pengertian Islam i) mengakui tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah , mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat. ii) Tunduk dan patuh serta menyerah diri kepada Allah serta mentaatinya yang lahir dari kesedaran yang tidak dipaksa iii) Adalah way of life peraturan yang bersifat mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia iv) Kumpulan peraturan yang diturunkan Allah kepada RasulNya baik peraturan yang berbentuk akidah , akhlak , ibadah dan lain-lain yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah. v) Pedoman hidup yang sebenarnya dan petunjuk dalam semua aspek hidup dan kehidupan manusia
5. Penghayatan Islam yang menyeluruh
- Ajaran Islam hendaklah dihayati secara menyeluruh seperti mana ia diturunkan sama ada dalam bentuk akidah atau syariah . - Masalah masyarakat sekarang ialah mengenepikan politik sedangkan politik sebenarnya tidak dapat dipisahkan . - Perjuangan Islam memerlukan jihad dan pengorbanan itu tidak mungkin diberikan tanpa akidah dan hubungan yang kuat dengan Allah di samping kekuatan dari segi material .
6. Kewajipan menghayati Islam
- Setiap muslim tidak terkecuali dari mengikut seluruh ajaran Islam mengikut keadaan masing-masing. Al- Muzammmil 20 - Kewajipan dakwah perlulah ddifikirkan secara berjamaah .
KESIMPULAN
1. Berjuang untuk menegakkan syariat Allah di dalam negara dan mengumpul tenaga ke arah itu secara organisasi . 2. Islam adalah agama menyeluruh . 3. Untuk menegakkan Islam sebagai Ad- deen memerlukan keimanan dan pengorbanan iaitu jihad dan iman .
SOALAN
1. Mengapa umat Islam mundur ? 2. Adakah pendapat yang mengatakan politik dan agama adalah berbeza betul ?
HAKIKAT BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASULNYA
OBJEKTIF
1. Ahli dapat menjelaskan pengertian iman . 2. Ahli dapat menerangkan natijah iman yang sebenarnya. 3. Ahli dapat memberikan perbezaan di antara kufur , jahil , zalim , syirik , munafiq dan fasiq.
SINOPSIS
1. Implikasi iman yang dinyatakan di dalam Al- Quran menyebabkan timbulnya kebenaran ilmu , hidayah , nur dan pandangan hati . 2. Pengertian iman Terbahagi kepada dua : i) iman adalah tasdiq ( membenarkan ) - I'tikad , lisan dan amal segala yang dibawa oleh Rasulullah - Mesti mnerimanya dengan redha . - Tidak ingkar, ragu serta tidak tidak menjuzuk-juzukkan kepercayaan itu . - Dalil surah Yusuf ayat 17 .
3. Iman , maudhu dan syaratnya i) tasdiq iaitu menyakini pokok asas dalam kalimah syahadah iaitu beriktikad : i. Allah menjadikan alam ssejagat dan mengendalikan segala urusan sesuai dengan sifatnya yang Esa , berkuasa dan sempurna . ii.Allah menjadikan alam ada tujuan . ?. Allah mencipta dan menyusun undang -undang untuk makhluk . ?. Mengabdikan diri kepada Allah hanya dengan ibadah . ?. Membenarkan tentang adanya hari akhirat.
- Jika salah satu dari perkara di atas tidak dipercayai ia dianggap tidak beriman . b) maudhu kepada amal terdiri daripada dua sudut. ?. bersifat itiqadi - seorang muslim mesti menyalini bahawa segala perkara-peerkara yang telah ditetapkan wajib oleh Alllah adalah wajib dilaksanakan . Sesiapa yang mengingkarinya dianggap kufur .
ii) bersifat amali atau perlaksanaan 4 sifat iktiqad trhadap jiwa
?- patuh dan taat ?- menyesal dan gerun bila melanggar yang hak ?- takutkan seksaan timbul semangat bekerja berkorban dengan jiwa dan harta .
4. Bagaimana iman boleh gugur
?. menentang hukum Allah ?. menghukum dengan hukum yang lain dari hukum Allah . ?. memusuhi muslim kerana Islamnya dan memusuhinya kerana berpegang teguh kepada Islam . ?. bekerjasama dan menolong musuh-musuh Islam . ?. merelakan berlakunya perbuatan maksiat .
SOALAN
1. Apakah boleh jatuh kufur jika penentangan itu dari orang yang jahil.? 2. Bagaimankah iman boleh ditingkatkan ? 3. Apakah iman tidak menuntut pelaksanaan amal dan maksiat yang dilakukan tidak mencacatkan iman ?
LAMPIRAN
DEFINISI
1. KAFIR Bahasa- menutup Perbuatan - menutup kebenaran dan kemudian menolaknya.
2. KUFUR Lawan daripada perkataan tidak beriman iaitu ertinya tidak beriman, menolak dan menentang kebenaran.
3. JAHIL Terkeluar dari tuntutan Islam, meliputi keadaan yang disebabkan oleh kerana tidak berpengetahuan ataupun engkar.
4. JAHILIYYAH Membawa maksud sgala sesuatu yang tidak Islam dalam pengertian yang sebenar. Penggunaan istilah ini tidak terhad pada zaman lampau sahaja.
5. ZALIM Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Dalam bahasa Arab ada dikatakan sesiapa yang memelihara dosa dikira zalim.
6. SYIRIK Menyamakan Allah dengan sesuatu- Terbahagi kepada 2 : i. Syirik akhbar - iaitu mempersekutukan sesuatu dengan Allah. Jika ia mati dalam keadaan tidak bertaubat ia mati dalam keadaan kafir. ii. Syirik Asghar - iaitu riya' dalam ibadah iaitu seseorang itu menunjukkan kepada orang lain segala amalan dengan harapan untuk dipuji. Syirik ini tidak menjanjikan seseorang itu kafir tetapi boleh merosakkan amal seseorang. 7. MUNAFIQ Melahirkan iman dengan kidah tetapi menyembunyikan kufur dalam hati iaitu ia mengaku beriman tetapi hakikatnya kufur.
8. FASIK Pada umumnya maksiat meninggalkan perintah Allah dan keluar dari jalan -jalan yang benar. i. Maksiat kepada Allah dalam meninggalkan tauhid iaitu syirik. ii. Maksiat kepada yang dibawa oleh Rasulullah maka ia kufur. iii. Maksiat kepada Deen tanpa syirik dan kufur.