Friday, July 17, 2009

USRAH

PANDUAN HIDUP OLEH USTAZ ABDUL LATIB HJ HASHIM




Objektif :
1. Ahli usrah ini jelas bahawa surah ini terkandung dasar-dasar aqidah dan pandangan hidup Islam yang pokok.
2. Ahli usrah memahami lebih mendalam pengertian setiap ayat dalam surah ini untuk lebih khusuk dalam solat dan seterusnya untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.

Sinopsis
1. Degan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. 卜emulakan sesuatu dengan nama Allah adalah satu adad yang diahyukan oleh Allah kepada Rasul- Nya dalam ayat pertama iaitu surah al- Alaq. -Adalah wajar dimulakan dengan nama Allah keranan wujudnya segala sesuatu adalah kerana kewujudan Allah. -Sifat Rahman dan Rahim adalah dua sifat yang mencakupi kasih sayang dan kasihan belas.
2. Segala puji-pujian hanyalah pada Allah pemelihara sekalian alam. - Satu perasaan kesyukuran kepada Allah kerana Allah penyusun dan pemelihara seluruh alam. Juga merasakan kewujudan diri kita dan seluruh alam ini adalah dengan limpahan rahmat Allah yang setiap saat terlalu banyak nikmat kurnia-Nya.
3. Yang maha pemurah lagi maha penyayang. -Sifat kasih- sayang Allah kepada hambanya tiada tolahk bandingnya. -Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan hambanya , terutama bila menghadapi segala bentuk ujian kesusahan mahupun kesenangan.
4. Yang menguasai hari pembalasan. -Pokok aqidah Islam. -Kepercayaan yang meletakkan pandangan dan hati manusia pada sebuah alam yang lain supaya tidak terlalu terkongkong kepada keperluan bumi sahaja dan supaya tidak terlalu gelisah untuk mendapat balasan di dunia di atas segala usaha yang dilakukan.
5. Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada engkaulah kami memohon pertolongan. - Perhambaan yang mutlak kepada Allah , bukan kepada kepercayaan yang karut atau bukan kepada undang-undang ciptaan manusia. - Membawa kita kepada ketaatan sepenuhnya kepada Allah, rasul dan pemimpin yang taat.
6.Tunjukilah kami jalan yang lurus. - Memohon taufik untuk mengenal jalan yang lurus dan seterusnya mengikuti jalan yang lurus. - Agar terpimpin fitrah manusia kepada undang 勃ndag Allah yang murni.
7. Iaitu jalan orang yang engkau kurniakan nikmat ke atas mereka, bukan jalan orang yang engkau murkai dan bukan jalan orang yang sesat. -Ayat ini menerangkan sifat-sifat jalan yang lurus. Kesimpulan Surah ini adalah intisari isi kandungan dari erti iaitu tiada ibadah , tiada penolog , tiada pemberi rezeki dan tiada penguasaan selain Allah. Selain itu surah ini amat penting dan diwajibkan membacanya dalam setiap rakaat solat.
Rujukan 1. Silibus usrah 1
2. Tafsir Al-Quran
3. Meresapkan Fatihah dalam roh.

Surah Al-Ikhlas ( Memurnikan keesaaan Allah)
Keutamaan Sabda Rasulullah saw: ・Demi jiwaku di tangannya , sesungguhnya surah ini menyamai satu pertiga Al- Quran・ Sebab -Surah ini terdiri daripada garis-garis pokok yag amat luas mengenai keagungan Islam. - Satu sistem hidup yang mengeluruh.

Sinopsis 1. Katakanlah Allah itu maha Esa. -Kepercayaan jelas ・mengelakkan kepercayaan karut. -Tidak syirik -bebas dari belenggu ・ihsan- segala-gala hanya Allah swt. -Menafikan sebab 穆ebab lain sebagai kuasa pencipta. Dalil : Al- Anfal (10.,17) Al 傍akwir (29)
- Satu sistem - hidup sempurna , hidup beribadah kepada Allah (dengan keinginan atau ketakutan ) senang atau susah. - Menerima dari Allah segala urusan akidah ・konsep nilai , ukuran, syarat , undang 勃ndang , kedudukan ,peraturan , adab , cara , adat resam. - Bergerak , bertindak. - Menghubungkan hati manusia dengan makhluk lain. - Bebas dan luhur: bebas bermakna percubaan dan perjuangan yang berterusan untuk memajukan manusia seluruhnya dan membebaskan kehidupan mereka. satu sistem sangat sukar. - Kebebasan- roh manusia menuju kepada Allah swt -menegakkan hakikat yang luhur.

2. Allah itu selama-lamanya tumpuan seluruh makhluk. - Tuhan yang dituju orang dan tiada sesuatu urusan yang diputuskan melainkan dengan kebenaran. - Semua makhluk sebagai hamba. - Pemutus segala keputusan.

3. Tidak pernah beranak dan tidak diperanakkan. - Kejadian Allah swt. Abadi dan azali. - Sempurna segala keadaan. - Tiada anak , isteri, suami , ibu dan bapa.

4. Dan tiada sesiapapun yang setanding dengannya. -Allah itu Esa. -Tiada yang dapat menyerupainya.

Surah Al- Nasr
Objektif: 1. Ahli usrah jelas bahawa Allah berhak memberikan pertolongna kepada sesiapa yang Dia sukadan manusia hanya mampu berusaha. Pada Allahl;ah terletak segala- galanya dan setiap nikmat kejayaan yang diberikan 鋒ya seharusnya disyukuri.

Sinopsis
1. Allah telah memberikan pertolongan kepada Nabi Muhammad dan pengikutnya dalam usaha untuk menakluki Kota Mekah setelah melalui beberapa peperangan. Nabi dan sahabatnya hanya mampu berusaha dalam menyampaikan dakwah Islamiah tetapi yang memberi kemenangan adalah Allah swt setimpal dengan usaha mereka. Kemenangan itu pula diberi mengikut masa yang dikehendakinya.
2. Apabila tiba pertolongan Allah swt dan Nabi Muhammad saw berjaya menakluk Kota Mekah , penduduk Mekah telah mendapat kebebasan dan tidak takut-takut lagi untuk memeluk agama Islam. Mereka telah memeluk agama Islam secara beramai-ramai setelah diadakan pengumpulan umum.
3. Allah telah memerintahkan Nabi Muhammad saw supaya bersyukur dengan mematuhi perintah Allah yang melimpahkan nikmatnya itu serta memohon ampun kepadanya apabila menguasai tanah suci Mekah serta melihat mausia masuk kedalam agama Allah secara beramai- ramai.
Pengajaran ayat
1. Allah telah memberi kejayaan kepada orang 撲rang yang berusaha dan sabar. 2. Hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah swt yang telah memberikan nikmat kepada kita. 3. Bantuan Allah pasti ada terhadap orang 撲rang yang memperjuangkan agamanya. 4. Hendaklah sentiasa mengingati Allah dengan sentiasa berzikir kepada-Nya serta sentiasa memohon keampunan.
Rujukan 1. Tafsir Al- Quran
Surah Al- Kafirun (surah orang-orang kafir )
Objektif 1. Ahli usrah dapat membezakan antara tauhid dan syirik. 2. Menyedarkan ahli usrah bahawa tiada tolak ansur antara Islam dan Jahiliah. 3. Ahli usrah mengetahui bahawa Islam harus diterima secara keseluruhannya. 4. Ahli usrah jelas erti jahiliah dalam konteks dahulu dan sekarang.

Sinopsis
1. Sifat orang Arab Jahiliah. -tidak menafikan kewujudan Allah swt. -menyekutukan Allah swt. -terlalu dipengaruhi oleh adab resam seperti membunuh anak. -Allah swt telah menegaskan bahawa mereka tidak berada di atas agama yang benar. - mereka bukan orang mukmin.
2. Sebab timbulnya cadangan mengadakan satu persefahaman antara jahiliah dan Islam.. ・Kerana kononnya kepercayaan orang Arab jahiliah hampir serupa dengan risalah yang dibawa oleH nabi saw.
3. Maksud tauhid. -sistem yang boleh membawa manusia kepada satu sumber tunggal (tiada sekutu)dimana manusia harus menerima akidah, syariat ,nilai dan ukuran ,adab,akhlak ,pandangan idup dan segala yang terangkum di bawahnya. - Seluruh hidup mesti ditegakkan atas asa tauhid ini tanpa bercampur dengan perkara- perkara syirik zahir dan batin. - Ringkasnya sistem Islam mesti diterima secara keseluruhannya tanpa ada campur aduk dengan perkara-perkara jahiliah.
4. Hikmah Allah menurunkan surah Al-Kafirun -Penegasan yang amat tegas bahawa tiada kompromi diantara Islam dan jahiliahdari segenap aspek samaada dari aspek ibadat ,sistem, pemikiran dan tindakan. - Ayat yang berulang 勃lang juga menunjukkan betapa tegasnya larangan Allah swt dalam soal tawar ・mwnawar dalam hal ini.

Surah Al- Humazah (pengumpat dan pencaci)
Ayat Makiyyah :9 ayat Objektif
1. Supaya ahli usrah jelas tentang sifat-sifat buruk dan kerendahan akhlak orang 撲rang yang sukamengumpat dan mencela ,juga balasan yang diperolei dari Allah swt.
2. Sepaya ahli usrah dapat menjauhkan diri dari sifat-sifat tersebut.
Sinopsis 1. Ancaman Allah terhdap orang yang suka mencela dan lain-lain lagi. 2. Ayat 2 dan 3 :Juga terdapat orang-orang kaya yang kedekut ,sentiasa menambah harta dantidak menafkahkan ke jalan Allah. 3. Ayat 4 : Mereka menjangka hartalah yang dapat menyelamatkan diri mereka. 4. Ayat 5: Orang sebegini akan dilempatr kedalam neraka Hutamah. 5. Ayat 6-9 : Gambaran tentang sifat-sifat neraka hutamah yang memang disediakan khas untuk pengumpat dan pencela.
Kesimpulan
1. Azab yang diperolehi oleh orang yang suka mengumpat , mencela dan menambah kekayaan dan tidak menafkahkan ke jalan Allah. 2. Menghiburkan hati orang mukmin yang menjaga jiwa supaya tidak diresapi rasa rendah diri akibat di hina dan dicela oleh pencela.
SOALAN
1. Bagaimana menjauhkan diri dari sifat-sifat ini ?
2. Peranan yang perlu dimainkan atau dilakukan terhdap individu ini.
Rujukan 1.Tafsir surah Al-Humazah (silibus). 2.Al- Quran dan terjemahannya.

Tafsir hadith (pengertian niat dan hijrah)
Objektif
1. Ahli usrah dapat mengetahui kepentingan dan pengertian hajat.
2. Ahli usrah dapay membezakan antara amal ibadat dan pekerjaan hajat.
3. Ahli usrah dapat mengetahui pengertian hijrah dalamkonteks dahulu dan sekarang.
Sinopsis
1. Kepentingan hadith. - Tinggi martabat dari segi hukum di mana banyak hukum di dasar dari hadith ini. - Imam Syafie: Hadith ini adalah sepertiga Islam( dimana Isalm merangkumi 3 aspek iaitu hati, lidah dan perbuatan).
2. Segala amal bermuladengan niat . -Amal yang perlu niat-amal yang bersifat syarak. -Amal yang bersifat tinggalkan yang haram,tidak berniat , amal tetap sah tetapi tiada ganjaran dari Allah. -Setiap amal bergantung kepada niat.
3. Pengertian niat. Bahasa ・tujuan dan ekhendak hati dimana dengan tujuan dan kehendak diri sendiri maka terjadilah sesuatu.
Syarak 釦ergerak hati ke arah sesuatu pekerjaan untuk mencari keredhaan Allah dan nyatakan perasaan patuh dan tunduk kepada perintanya.
4. Niat dapat membezakan di antara perbuatan adat dan amal ibadat. ・Keseluruhan perbuatan baik dalam kehidupan dianggap ibadat jika di sertai niat contoh: mandi, belajar dll.
5. Ikhlas -Menjadi jiwa bagi sesuatu amal . -Tidak dikatakan ibadah tanpa niat , ibadah tertolak tanpa ikhlas.
6. Ibadat - Tertakluk kepada perkara yang harus pada syarak - Perkara yang makruh dan haram , walaupun berniat baik tidak dapat menghalalkan perkara berikut (Niat tidak boleh menghalalkan yang makruh dan haram).
7. Pengertian hijrah -Di zaman nabi-Meninggalkan negeri Mekah lalu berpindah ke Madinah untuk kepentingan Islam. -Umum- Meninggalkan larangan Allah dan laksanakan segala yang di perintah oleh Allah. -Hijrah: Dengan perbuatan ,perkataan dan hati.
KONSEP SYAHADAH

OBJEKTIF
1. Ahli usrah dapat menjelaskan pengertian syahadah. 2. Ahli usrah dapat menerangkan rukun-rukun syahadah.
SINOPSIS
1. Pengertian Syahadah - dalam bahasa Arab berbagai ma地a - -ilmu, penerangan , perkhabaran, pernyataan dan pengakuan. - Ilmu- sedikit ilmu sedikit dilaksanakan - Peneranagn ,perkhabaran dan pernyataan : Syahadah adalah ikrar pengakuan kesetiaan ,lahir melaluilisan ,pernyataan apa yang terpendam di dalam hati.
- pengakuan : secara perkataan atau pun perbuatan. : pengakuan secara perbuatan - At Taubah : 4
2. Rukun syahadah ada 5 iaitu :
-Syahid : orang yang mengucap -yang mengakui Allah Yang Maha Esa dan Nabi Muhammad saw. 4 syarat : i. Tetapkan zat Allah Yang Maha Esa dan nafikan zat-zat yang lain. ii. Menetapkan sifat-sifat Allah Yang Maha Esa dan nafikan sifat-sifat yang lain. iii. Menetapkan af・al ( perbuatan) allah dan menafikan yang lain. iv. Menetapkan Rasulullah sebagai petunjuk dan pimpinan.
-Yang diberikan kesaksian dengannya a. beri kesaksian dengan kebenaran syariat Allah dan yang dibawa oleh Rasul. b. contoh : mesti akui sembahyang itu wajib. Tidak kira buat atau tidak.
3. Tidak dikira sebagai syahadah sekiranya tidah terhimpun perkara dibawah. a. Dengan hati ( penuh tanggungjawab ) .dan akal (penuh kesedaran ). b. Pengakuan dengan lidah ( diucap). c. Pengakuan hendaklah tegas dan putus. Tidak boleh berubah atau murtad. - sesiapa yang di dalamhati dan fikirannya masih tidak ingin mengucapkan syahadah ,maka masih tidak diterima sebagai Islam.
4. Perubahan seseorang dari kafir kepada seorang muslim
Kafir --------- muslim ,setiap cukup rukun dan syarat 穆yarat sah.
- Bila mengucap du akalimah syahasdah bermakna hanya menerima undang-undang Allah. - Mengapa apa perbezaan yang besar di antara seorang manusia dengan manusia yang lain.

SOALAN
Cuba menerangkan bagaimana kuasa yang ada pada kalimah syahasah ini begitu kuat hingga ia mengatasi pertalian darah dan hubungan kekeluargaan?

IBADAH DALAM ISLAM

OBJEKTIF
1. Ahli usrah dapat menernagkan konsep ibadah yang sebenar. 2. Ahli usrah dapat menyatakan syarat-syarat amalan semjadi ibadah. 3. Ahli usrah dapat menjelaskan ibadah dalam Islam.
SINOPSIS
1. Pengertian Ibadah dalam Islam - Naqib / ah memulakan topik dengan pengemukakan soalan: ?. Apakah yang difahami dengan perkataan ibadah? ?. Pengertian masyarakat terhadap ibadah ? - Ibadah dalam Islam mempunyai pengertian yang luas merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia. - Nyatakan perbezaan dengan agama-agama lain di mana mempunyai batas-batas tertentu dalam ibadah. - Pengertian ibadah yang sebenarnya : Menurut bahasa ・tunduk,patuh dan taat. Menurut syara・・ibadah diertikan sebagai taat,tunduk, patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah. (kemukakan pendapat 朴endapat ulama・mengenai pengertan ibadah ).
Kesimpulan :
1. Ibadah ialah keyakinan, sikap , amalam dan keadaan ・keadaan yang memenuhi makna-makna tunduk , kehinaan, kecintaan, khusu・dalam hubungan manusia dengan Allah swt.
2. Kenapakah manusia dijadikan : - dalam al-Quran manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi. - Al Baqarah : 30 - Untukmemenuhi tanggungjawab sebagai khalifah manusia mesti: ?. Mengenal Allah dengan sebenar 肪enarnya. ?. Beribadat dengan Allah dengan sebenar-benar Ibadah. - Tujuan asal kejadian manusia , langit,bumi dan segala makhluk adalah untuk mengenal dan beribadat kepada Allah - At Thalak :12 - Adz Dzariat : 56
3. Ciri-ciri Ibadah dalam Islam - perhubungan manusia dengan Allah tidak memerlukan perantaraan seperti tok-tok guru dan alim ulama・ - Allah adalah sumber hukum, berhak mengampunkan dosa-dosa hamba Nya juga merupakan tempat mengadu dan bergantung segalamakhluk.
-peranan alim ulama・/FONT> Memberikan tunjuk ajar /memandu angota masyarakat ke arah melakukan pengibadatan dengan cara yang betul. -perbezaan dengan ugama-ugama yang lain. Tidak mengkhususkan tempat peribadatan iaitu boleh melakukan dimana sahaja kecuali tempat yang najis dan kotor. -keluasan ibadat dalam Islam Segala bentuk perbuatan sama ada yang bersangkutan denagan individu mahupun masyarakat boleh dibahagikan ?. Ibadat khusus ?. Ibadat umum Kedua-dua ibadat ini melengkapkan pengertian ibadat yang sebenar : Al An 疎m :38 An Nahl : 89
4. Syarat-syarat sesuatu amalan itu dianggap sebagai ibadah : - amalan itu diakui Islam dan sesuai dengan hukum syariat. - Niat yang ikhlas kerana Allah semata-mata. - Dilakukan dengan sebaik-baiknya dan bersungguh-sungguh. - Sentiasa dalam batas-batas syariat - Tidak lalai dan cuai dari melakukan ibadat khusus.
5. Ruang lingkup ibadah - ibadah kepada Allah meliputi segenap bidang kehidupan. - Allah mengadakan perintah-perintah dan hukum syariat kepada hambanya melalui wahyuNya dalam al 鵬uran - Ini merupakan kewajipan 北ewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas hambanya. Maka mereka hendaklah beribadat kepada Allah dengan melaksanakan kewajipan tersebut.

KESIMPULAN
Terdapat salah faham sama ada individu atau masyarakat Islam tentang pengertian ibadah yang sebenar di dalam Islam iaitu ianya dikhususkan kepada ibadah khusus. Ibadah sebenarnya meliputi seluruh aspek kehidupan manusia sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
SOALAN
1. Apakah yang anda faham mengenai perkataan Ibadah dalam Islam ? 2. Apakah ciri-ciri ibadah dalam Islam? 3. 5 syarat yang menjadikan sesuatu amalan sebagai ibadah? 4. Apakah sebabnya manusia dijadikan ? 5. Hafalan surah Al- Baqarah : 30 ?

TUJUAN HIDUP INI

OBJEKTIF
1. Ahli usrah dapat memahami tujuan ia dijadikan. 2. Ahli usrah mengetahui perhubungan risalah dan tujuan berdakwah dengan tujuan hidup. 3. Ahli dapat menjelaskan apakah tujuannya sebagai khalifah dan hamba Allah.

SINOPSIS
1. Hafalan ・Adz Dzariat : 56
2. Hidup mempunyai tujuan - surah adz dzariat : 56- 58 - menyembah Allah swt - memusatkan penyembahan kepada Allah swt selama dalam kehidupan individu dengan Allah sebagaihambanya mahupun dalam hubungan sesama manusia sebagai anggota masyarakat. - Mencari keredhaan NYA. - Allah tidak menghendaki batasan balasan dan tidak mendapat apa-apa manfaat kepadaNya. 3. Wahyu dan fitrah - penciptaan manusia yang paling sempurna . At Tin : 4 - fitrah manusia sentiasa inginkan kebaikan : dapat ditingkatkan ke tahap yang tinggi jika mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh Allah swt. :juga dapat turun ke tahap / martabat yang paling rendah dari haiwan jika tidakmengikut ketetapan Allah swt. - wahyu Allah : adalah al 蜂slam : terkandung dalam al Quran : untuk membimbing fitrah dan potensi manusia. Ar- Rum : 30 oleh itu tu manusia perlu mengikut wahyu supaya dapat membentuk fitrah dan potensi yang benar-benar sempurna bagi mencapai tujuan hidup.
4. Hidup akhirat : 1 hari di akhirat : 1000 hari di dunia. : Tujuan hidup iaitu menyembah Allah tidak bererti meninggalkan dunia. Al Maidah : 87 ・88 Al Qashah : 77 : Martabat manusia di dunia ialah sebagai khalifah Allah . Al baqarah : 30 : Dunia ialah ladang akhirat . Al Ankabut : 64 : Tujuan hidup yang hakiki ialah keredhaan Allah. 5. Peranan risalah dan dakwah : Wahyu adalah pembombing manusia. : Islam adalah ugama risalah dan dahwah. : Risalah Islam dalam bentuk wahyu mwembawa berita gembira dan peringatan. : Umat Islam mendokong amanah untuk teruskan risalah Islam selepas Rasulullah. : Dakwah bererti menyeru/ mendamaikan : Dakwah Islam ・menyeru risalah Allah kepada umat manusia. : Kewajipan berdakwah bukan pada alim ulama・sahaja tapi wajib pada semua. 6. Peranan Ibadah : Hubungan dengan Allah akan memberikan kekuatan dan ketenangan jiwa. :Al Ankabut : 45 :Al Baqarah : 183
KESIMPULAN
1. Risalah Allah mengandungi 3 perkara pokok. 2. Tugas hamba Allagh dan khalifah adalah memakmurkan dunia.
SOALAN
1. Apakah tujuan hidup ini? 2. Kenapa kita diwajipkan berdakwah ? 3. Bagaimana risalah Islam boleh membimbing manusia.?

AKHLAK DALAM ISLAM

OBJEKTIF
1. Ahli jelas maksud akhlak dalam Islam. 2. Ahli dapat membezakan akhlak dan moral. 3. Menyedarkan ahli kepentingan akhlak dalam Islam. 4. Ahli dapat menjelaskan sifat-sifat seseorang yang berakhlak.
SINOPSIS
1. Definisi akhlak - tingkah laku zahir dan batin yang berdasarkan hukum Allah . - Iman Ghazali : sesungguhnya semua sifat yang ada dalam hati akan lahir pengaruhnya pada anggota. 2. Perbezaan akhlak dan moral Moral- tingkahlaku atau nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. Akhlak 釦ingkah laku zahir dan batin berdasarkan hukum Allah swt. 3. Jenis akhlak i. Baik ii. Jahat 4. Kepentingan akhlak - memberi pengaruh kepada perbuatan manusia. - Manusia akan membuat pertimbangan sebelum melakukan sesuatu. - Penting dalam menyampaikan risalah Islam. 5. Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang muslim. - Wara・dari melakukan perkara-perkara subhat dan jauhi yang haram. - Menundukkan pandangan dari melihat perkara yang haram. - Malu ・tetapi tidakdalammenyatakan kebenaran. - - tidak campur tangan dalam urusan orang lain. - - dorong seseorang meninggalkan perkara yang buruk dan halang dari meninggalkan perkara yang baik. - Lemah lembut dan sabar dalam menyampaikan dakwah. - Sabar dan jujur - Menjauhi dari sifat sangka buruk dan mengumpat. - Tawadhu' - Pemurah - Qudwah hasanah- lisanul hal lebih berkesan dari perkataan. 6. Hubungan akhlak dengan keimanan - akhlak mulia adalah buah keimanan - akhlak buruk bertentangan dengan keimanan
SOALAN
1. Apakah definisi akhlak? 2. Apakah yang dikatakan akhlak yang baik dan contohnya? 3. Sifat-sifat apakah yang perlu ada pada seseorang muslim? 4. Apakah sama orang yang bermoral dan berakhlak?
ISLAM SEBAGAI AD DEEN DAN KEWAJIPAN MENGHAYATINYA.
OBJEKTIF
1. Ahli dapat memahami pengertian Islam sebenarnya. 2. Ahli dapat menerangkan kepentingan penghayatan Islam yang syumul. 3. Ahli dapat mengaitkan pengertian Islam dan kewajipannya.
SINOPSIS
1. Islam adalah satu cara hidup bukan ideologi yang dicipta dan tidak boleh dipisahkan di antara satu sama lain.Al -Baqarah 208 2. Islam adalah agama penyudah . Al - Maidah 3 dan Al- Imran 19 3. Islam adalah deen para Rasul a.s 4. Pengertian Islam i) mengakui tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah , mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat. ii) Tunduk dan patuh serta menyerah diri kepada Allah serta mentaatinya yang lahir dari kesedaran yang tidak dipaksa iii) Adalah way of life peraturan yang bersifat mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia iv) Kumpulan peraturan yang diturunkan Allah kepada RasulNya baik peraturan yang berbentuk akidah , akhlak , ibadah dan lain-lain yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah. v) Pedoman hidup yang sebenarnya dan petunjuk dalam semua aspek hidup dan kehidupan manusia
5. Penghayatan Islam yang menyeluruh
- Ajaran Islam hendaklah dihayati secara menyeluruh seperti mana ia diturunkan sama ada dalam bentuk akidah atau syariah . - Masalah masyarakat sekarang ialah mengenepikan politik sedangkan politik sebenarnya tidak dapat dipisahkan . - Perjuangan Islam memerlukan jihad dan pengorbanan itu tidak mungkin diberikan tanpa akidah dan hubungan yang kuat dengan Allah di samping kekuatan dari segi material .
6. Kewajipan menghayati Islam
- Setiap muslim tidak terkecuali dari mengikut seluruh ajaran Islam mengikut keadaan masing-masing. Al- Muzammmil 20 - Kewajipan dakwah perlulah ddifikirkan secara berjamaah .
KESIMPULAN
1. Berjuang untuk menegakkan syariat Allah di dalam negara dan mengumpul tenaga ke arah itu secara organisasi . 2. Islam adalah agama menyeluruh . 3. Untuk menegakkan Islam sebagai Ad- deen memerlukan keimanan dan pengorbanan iaitu jihad dan iman .
SOALAN
1. Mengapa umat Islam mundur ? 2. Adakah pendapat yang mengatakan politik dan agama adalah berbeza betul ?
HAKIKAT BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASULNYA
OBJEKTIF
1. Ahli dapat menjelaskan pengertian iman . 2. Ahli dapat menerangkan natijah iman yang sebenarnya. 3. Ahli dapat memberikan perbezaan di antara kufur , jahil , zalim , syirik , munafiq dan fasiq.
SINOPSIS
1. Implikasi iman yang dinyatakan di dalam Al- Quran menyebabkan timbulnya kebenaran ilmu , hidayah , nur dan pandangan hati . 2. Pengertian iman Terbahagi kepada dua : i) iman adalah tasdiq ( membenarkan ) - I'tikad , lisan dan amal segala yang dibawa oleh Rasulullah - Mesti mnerimanya dengan redha . - Tidak ingkar, ragu serta tidak tidak menjuzuk-juzukkan kepercayaan itu . - Dalil surah Yusuf ayat 17 .
3. Iman , maudhu dan syaratnya i) tasdiq iaitu menyakini pokok asas dalam kalimah syahadah iaitu beriktikad : i. Allah menjadikan alam ssejagat dan mengendalikan segala urusan sesuai dengan sifatnya yang Esa , berkuasa dan sempurna . ii.Allah menjadikan alam ada tujuan . ?. Allah mencipta dan menyusun undang -undang untuk makhluk . ?. Mengabdikan diri kepada Allah hanya dengan ibadah . ?. Membenarkan tentang adanya hari akhirat.
- Jika salah satu dari perkara di atas tidak dipercayai ia dianggap tidak beriman . b) maudhu kepada amal terdiri daripada dua sudut. ?. bersifat itiqadi - seorang muslim mesti menyalini bahawa segala perkara-peerkara yang telah ditetapkan wajib oleh Alllah adalah wajib dilaksanakan . Sesiapa yang mengingkarinya dianggap kufur .
ii) bersifat amali atau perlaksanaan 4 sifat iktiqad trhadap jiwa
?- patuh dan taat ?- menyesal dan gerun bila melanggar yang hak ?- takutkan seksaan timbul semangat bekerja berkorban dengan jiwa dan harta .
4. Bagaimana iman boleh gugur
?. menentang hukum Allah ?. menghukum dengan hukum yang lain dari hukum Allah . ?. memusuhi muslim kerana Islamnya dan memusuhinya kerana berpegang teguh kepada Islam . ?. bekerjasama dan menolong musuh-musuh Islam . ?. merelakan berlakunya perbuatan maksiat .
SOALAN
1. Apakah boleh jatuh kufur jika penentangan itu dari orang yang jahil.? 2. Bagaimankah iman boleh ditingkatkan ? 3. Apakah iman tidak menuntut pelaksanaan amal dan maksiat yang dilakukan tidak mencacatkan iman ?
LAMPIRAN
DEFINISI
1. KAFIR Bahasa- menutup Perbuatan - menutup kebenaran dan kemudian menolaknya.
2. KUFUR Lawan daripada perkataan tidak beriman iaitu ertinya tidak beriman, menolak dan menentang kebenaran.
3. JAHIL Terkeluar dari tuntutan Islam, meliputi keadaan yang disebabkan oleh kerana tidak berpengetahuan ataupun engkar.
4. JAHILIYYAH Membawa maksud sgala sesuatu yang tidak Islam dalam pengertian yang sebenar. Penggunaan istilah ini tidak terhad pada zaman lampau sahaja.
5. ZALIM Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Dalam bahasa Arab ada dikatakan sesiapa yang memelihara dosa dikira zalim.
6. SYIRIK Menyamakan Allah dengan sesuatu- Terbahagi kepada 2 : i. Syirik akhbar - iaitu mempersekutukan sesuatu dengan Allah. Jika ia mati dalam keadaan tidak bertaubat ia mati dalam keadaan kafir. ii. Syirik Asghar - iaitu riya' dalam ibadah iaitu seseorang itu menunjukkan kepada orang lain segala amalan dengan harapan untuk dipuji. Syirik ini tidak menjanjikan seseorang itu kafir tetapi boleh merosakkan amal seseorang. 7. MUNAFIQ Melahirkan iman dengan kidah tetapi menyembunyikan kufur dalam hati iaitu ia mengaku beriman tetapi hakikatnya kufur.
8. FASIK Pada umumnya maksiat meninggalkan perintah Allah dan keluar dari jalan -jalan yang benar. i. Maksiat kepada Allah dalam meninggalkan tauhid iaitu syirik. ii. Maksiat kepada yang dibawa oleh Rasulullah maka ia kufur. iii. Maksiat kepada Deen tanpa syirik dan kufur.

No comments:

Post a Comment